Aishah Buat Kotak Khas Pulangkan Berlian Palsu DSV

Posted on

Kemelut antara Datuk Seri Vida dan Aishah sudah pun selesai minggu lalu. Namun, Aishah meluahkan rasa terkilan dengan cara DSV memasukkan berlian ke dalam balang makanan ringan sebelum diserahkan seperti menghina dirinya.

Tidak mahu memanjangkan lagi kemelut tersebut, semalam Aishah memulangkan semula hadiah berlian palsu yang diterimanya secara baik tanpa sebarang drama.

“Hari ini anda menjadi saksi saya memulangkan balik rantai berlian yang akan diserahkan kepada Datuk Seri Vida melalui tuan peguam kami

“Sebelum ini kita dah tengok cara penyerahan DSV, kita pun ada idea nak serahkan tapi bila fikir balik saya tak nak malukan keluarga saya dan tak pernah diajar oleh saya untuk jadi kurang ajar.

“Biarlah apa orang nak buat dekat kita, saya dengan baik-baik pulangkan balik dalam kotak yang saya buat sendiri, handmade, tak ada dimana-mana,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah memberitahu dia tidak mahu lagi menjawab sebarang dakwaan netizen mengenai tuntutannya itu kerana semuanya sudah pun berakhir.

“Saya dah jawab pelbagai pelbagai tuduhan di Instagram saya, kalau awak semua nak tahu apa yang berlaku boleh baca balik di sana. Saua dah amanahkan kepada peguam untuk serahkan kepada pihak DSV,” katanya.

Terdahulu dalam majlis penyerahan barangan kemas, Vida mencetuskan drama apabila memasukkan dua berlian 1 karat bernilai RM27,100 dan berlian 0.70 karat berharga RM12,920 ke dalam balang makanan ringan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.