Akhirnya Dr MAZA Bersuara Isu Hina Islam. Ini Kata-Kata Beliau Kepada Rakyat Non-Muslim di Negara Ini, Memang Padu Habis

Posted on

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan menghina Islam bukan lagi kes terpencil sebaliknya telah menjadi trend yang cuba membakar kemarahan umat Islam di negara ini.

Katanya, hal demikian kerana masih terdapat hantaran-hantaran di media sosial yang menghina Islam dilakukan oleh segelintir masyarakat bukan Islam.

Sehubungan itu, Mohd. Asri meminta masyarakat bukan Islam agar saling berpesan kepada rakan-rakan untuk beradab dan mengawal tingkah laku mereka.

“ Kepada saudara-saudara non-Muslim (bukan Islam), sekali pun masyarakat Muslim di negara ini ada kelemahannya namun tahap toleransi dan kesudian berkongsi amat baik jika dibandingkan dengan nasib umat Islam minoriti di India, China dan negara lain.

“ Janganlah saudara-saudara cemari nikmat dan kelebihan hidup harmoni dalam negara ini yang kita kecapi selama ini.,” katanya dalam status Facebooknya di sini, hari ini.

Kata Mohd. Asri lagi, orang bukan Islam dinasihatkan supaya berpesanlah kepada sahabat handai sekalian agar beradab dan tahu mengawal tingkah laku hidup di Malaysia ini.

“ Jangan kerana sikap biadab dan dendam kesumat maka saudara-saudari membakar negara aman yang telah lama kita bina. Jangan sampai yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran.

“ Orang Muslim ini masih sabar jika dihina dirinya dan keluarganya tetapi mereka tidak akan bersabar lagi jika dihina Islam dan Rasul. Sayangi dan hargailah nikmat keamanan yang kita miliki. Pohon memahami keadaan,” katanya.

Netizen kongsi pandangan

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Dr Maza dan mengutarakan pandangan masing-masing di ruangan komen.

” Aku harap, semua orang (tak kira bangsa/agama) hentikan apa2 sahaja ayat penghinaan tentang agama orang lain.Ceritakan kebaikan agama kamu/kita sahaja. Tak perlu kutuk agama orang lain..”, komen Zulkarnaen

” Tahniah mufti, ketegasan yg masih lagi mempunyai kesabaran dan beradap.. Diharap menteri2 yg ber agama islam pun berani memberi amaran kpd non-muslim di negara ini.. Bkn hanya takut hilang undi jika bersuara membela islam..”, komen Saiful

Ini pula pesan Mujahid, kalau sayangkan Islam…

Masyarakat khususnya umat Islam diminta bukan sekadar menjadi penyambung lidah penghinaan kepada Islam dengan hanya bertindak berkongsi hantaran dan tangkap layar bahan-bahan yang menghina Islam di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Rawa Yusof sebaliknya meminta masyarakat untuk membuat laporan polis terhadap sebarang bentuk penghinaan kepada agama bagi memudahkan pihak berkuasa bertindak.

Menurut Mujahid, beliau telah menerima sejumlah rungutan orang awam berkaitan posting-posting yang bersifat menghina Islam di media sosial.

” Bukan sekadar menjadi penyambung lidah penghinaan kepada Islam dengan bertindak berkongsi posting-posting dan juga screenshot tersebut.

” Jika kita sayangkan Islam, jadilah ummah yang cakna. Buat laporan ke balai polis terdekat untuk membantu pihak berkuasa bertindak,” kata Mujahid dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Tegas beliau, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penghinaan terhadap Islam mahupun agama-agama lain dan juga kaum.

Pihaknya juga akan mencadangkan hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap pihak yang menghina agama.

” Bersama kita membina negara yang lebih sejahtera. Sebuah negara rahmah yang kita cita-citakan,’ kata Mujahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.