JAKARTA: Khabar angin mengenai kedatangan hari kiamat mencetuskan panik dalam kalangan penduduk di sebuah kawasan di Jawa Timur hingga ada yang berpindah ke tempat lain semata-mata untuk menyelamatkan diri daripada ditimpa ben cana.
Tribun News melaporkan, 52 penduduk di Kabupaten Ponorogo itu terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan menerusi satu akaun Facebook sebelum berpindah secara beramai-ramai ke Malang.
Penduduk turut dipengaruhi seorang individu, Katimun memberi amaran hari kiamat itu selepas pulang menuntut ilmu agama selain meminta penduduk membeli pedang berharga 1 juta rupiah (RM286) sebagai persediaan dan untuk mempertahankan diri.
Individu Yang Didakwa Menyebar Berita Mengenai Qiamat Akan Berlaku di Ponorogo
Kompas yang memetik seorang penduduk, Bupati Ponorogo Ipong Muchlissoni berkata, mereka berpindah sejak sebulan lalu kerana bimbang dilanda kiamat.
“Ya betul perkara itu, namun mereka berpindah sejak sebulan lalu. Dua bulan lalu, seorang individu bernama Katimun baru pulang dari menuntut ilmu dan dia mempengaruhi penduduk dengan menyebarkan khabar angin itu dari rumah ke rumah.
“Dia memberitahu bahawa hari kiamat sudah semakin dekat dan perlu mengikut ajaran dibawanya supaya terlepas daripada hari kiamat. Dia turut menjual barangan kepada kami sebagai bekalan di akhirat atau dibawa ke pondok,” katanya
Kandungan
RESPONS MAJLIS ULAMA INDONESIA
Ponorogo – Majelis Ulama Indonesia (MUI) Ponorogo akan mendalami dengan terperinci mengenai punca tindakan puluhan warga Ponorogo berpindah ke Malang kononnya akan berlaku qiamat. Sebelum itu, tindakan 52 warga Dusun Krajan, Desa Watubonang, Kecamatan Badegan bertindak keluar dari kampung halaman masing-masing dan tindakan tersebut disyaki akibat doktrin qiamat yang katanya akan terjadi pertama kali di desa tersebut.
“Ajarannya apa saya juga belum tahu, belum sampai ke sana, nanti bisa kita cek dan lihat,” kata Ketua MUI Ponorogo Anshor M Rusdi
Anshor menambahkan, kiamat atau hari akhir merupakan rukun iman dalam Islam yang wajib untuk diyakini. Namun menurutnya hanya sebatas untuk diyakini, karena tidak ada seorang pun yang tahu bila hari itu akan tiba.
“Semua itu adalah rahsia Allah.Rasulullah sendiri pun tidak pernah mengajarkan bila (qiamat) itu akan terjadi,”
FOTO : Pihak Polis, Tokoh Agama dan Pemimpin Masyarakat antara pihak yang menenangkan dan memberi penjelasan sebenar penduduk Ponorogo
Cuma kita diajarkan tentang tanda-tanda akan terjadi (Qiamat
“Ia kemudian mengatakan tanda-tanda qiamat memang benar adanya. Namun, jika ada orang yang mengatakan tentang kapan (bila) terjadinya 1iamat, itu hanya ingin mengacau masyarakat saja,” tegasnya lagi