Pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan (Abam Bocey) dua hari lepas secara tiba-tiba membuatkan ramai orang terkejut.
Sahabat baik Allahyarham Abam, Fad Bocey sebelum ini meluahkan rasa terkilannya kerana tidak sempat bersama arwah buat kali terakhir. Beliau yang sedang berada di Jepun bersama keluarga turut terkejut mendapat perkhabaran duka tersebut.
Pasti perit rasanya apabila tidak dapat bersama dengan insan tersayang di hujung nyawa.
Semalam, Fad akhirnya tiba di Malaysia untuk memberi penghormatan terakhir buat sahabat tercinta.
“Alhamdulillah, selamat sampai.. Aku terbayang kau pon ada Bam dalam pelukan tu, Allah.. Kita kena kuat ye Chey.. Dapat semangat aku balik,” tulis Fad.
Sumber: Fad Bocey