TERASA KERDIL DIRI INI…
Siang tadi, Guru saya menceritakan kisah DR. HARUN DIN setelah kami selesai pengajian FIQH MUQARAN..
Setelah beliau pergi menziarahi keluarga Al Marhum.. Isteri Al marhum Dr. Harun Din menceritakan …
Beliau tidak tahu, pukul berapa Dr. HARUN DIN tidur kerana rumahnya sentiasa di datangi tetamu, kadang-kadang 8 pagi.. kadang 1 pagi.. dan Dr. Harun Din rai sungguh-sungguh tetamu tersebut.. waktu pengajiannya di Mesir dulu pun, Al Marhum Dr.Harun menjadikan rumahnya sebagai rumah persinggahan buat sahabat-sahabatnya..
Dr. Harun Din…Orangnya sentiasa dengan alQuran.. Qurannya sentiasa terbuka, setiap kali Isterinya datang ke biliknya… Dr. Harun Din Kuat berzikir.. kuat mengerjakan kebajikan.. orangnya sangat menjaga dan mengeratkan silaturrahim.. dengan menyatukan sanak saudaranya sampai ke Patani…. sangat menjaga Mulutnya dan tidak pernah kata kepada orang lain…
Beliau membina 10 buah masjid.. di kemboja dan lain2 lagi..
Beliau menginfaq RM 5 Juta kepada Yayasan BIRRUL WALIDAIN
Waktu ke Amerika.. tiket dibeli untuk dua minggu, tapi dalam perjalanannya.. Almarhum Dr. HARUN DIN berkata kepada anaknya, bahawa beliau boleh jamak.. anaknya terkejut kerana Babanya Alim dalam bab jamak.. rupa2nya pada hari ke tiga Allah telah menjemputnya…
ketika Doktor mencabut mask oxigen (maaf tak tahu istilah).. kebiasaannya orang lain akan tercungap-cungap mencari pernafasan. Dengan dada turun naik……..
tapi Dr. HARON DIN ini, lain orangnya kata Doktor tersebut.. malah nurse di situ juga mengakui…Dr. Haron ni, hanya tenang dan menyebut Allah…Allah..Allah.. kemudian mengucap .. semua Doktor yang ada di situ menangis..kerana belum jumpa orang seperti Dr.Harun Din..
Kata Guru saya lagi… Dr.Haron Din datang dari keturunan Ulamak Patani dan pejuang pejuang islam .. Ibunya menin ggal ketika sujud pada 17 Ramadan.
Semua kitab-kitab /BUKU -Buku Dr. Haron Din diinfakkan ke Universiti Islam Malaysia….
Semoga Allah mengangkat Darjat dan memuliakan Al Marhum Dr.Haron Din..
Terasa kerdil diri ini…..dengan kisah Al Marhum yang hebat dan ramai tidak mengetahui…
HAMBA ALLAH.
Sumber: Facebook Mohd Khalid Ismail
Anak jelaskan kenapa Haron dikebuumi di AS
KUALA LUMPUR 18 Sept. – Anak Allahyarham Datuk Haron Din, Dr. Huda Haron, hari ini menjelaskan sebab-sebab mengapa ayahnya dikebuumikan di Tanah Perkubuuran Islam Five Pillars Farm Livermore di San Francisco, California, Amerika Syarikat
ISTERI Allahyarham Datuk Dr. Haron Din, Datin Khadijah Salleh menyiram air ke pusara pendakwah dan tokoh perubatan Islam itu di Tanah Perkuuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, San Francisco, California, Amerika Syarikat.
Sambil memohon maaf, Huda melalui status yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya pada pukul 8.30 pagi ini berkata, beliau bersama empat adik-beradiknya yang lain iaitu Hamdi, Salwa, Najmi dan Hana serta ibu mereka, Datin Khadijah Salleh sepakat membuat keputusan tersebut selepas mengambil kira banyak faktor.
Faktor utama mereka membuat keputusan untuk mengebumikan jenzah pendakwah dan tokoh perubatan Islam terkenal itu di Amerika adalah setelah mengambil kira pesanan Allahyarham yang mahu arwah dikebuumikan di tempat di mana beliau menin ggal dunia.
“Berat sungguh keputusan yang terpaksa kami ambil untuk semadikan jasad baba di bumi asing. Namun, ketentuan Allah tidak dapat kami sanggah dan terpaksa bertindak di luar batas insani dan kasih sayang.
“Semasa hayat baba, teringat suatu ketika, hendak bawa jenzah dari Kuala Lumpur ke Perlis pun baba takkan izin. Inikan pula berjam-jam, malah berhari-hari dalam peti ais. Selain itu perlu melalui embalm (pengawetan) yang pastinya menyeksakan segenap urat saraf.
“Banyak kali kuliah dan pesanan baba. Perlu disimpan (disemadikan) di tempat di mana malaikat datang menjemputnya. Walaupun ramai yang telah menghulurkan bantuan untuk urusan membawa pulang (jenzah Allahyarham), tapi jangka masa tujuh hari adalah sesuatu yang tidak dapat kami terima untuk biarkan baba tanpa penghormatan dan kemuliaan yang sepatutnya,” katanya.
Dalam nukilan yang penuh emosi itu Huda mengakui, hatta jika ditanya hati kecilnya sendiri yang mementingkan diri sendiri, memang beliau mahu bapanya yang juga Musyidul Am Pas itu sentiasa ‘dekat’ bersama-samanya sentiasa.
“Supaya ingatan tidak padam sampai bila-bila kerana batu tandanya dekat dengan kita, Biar kita mampu ziarah (pusaranya) hari-hari. Biar semua yang lain dapat ziarah berkali-kali. Biar ada di hadapan mata. Itulah kehendak kita dan saya rasa itulah juga kehendak ramai lagi yang sayangkan baba.
“Tapi adakah keputusan itu tepat untuk baba? Menyegerakan pengendalian dan penyenggaraan jenzah juga dituntut syarak. Kita rasa baba milik kita, sebenarnya baba milik Allah! Maafkan kami seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Huda turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, khususnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bersusah-payah membantu mengaturkan pesawat persendirian bagi membawa pulang jenzah ayahnya ke tanah air.
Sementara itu, Cucu Allahyarham, Hakeem Hamdi yang mengimamkan solat jenzah ghaib di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, dekat sini semalam, melahirkan rasa kagum dan bangga dengan keperibadian datuknya.
Ucapan itu dapat dibaca dalam akaun Facebook milik Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din (official) yang dimuat naik pukul 8.30 pagi ini.
“Tokwan (Allahyarham Dr. Haron Din), anda merupakan guru yang hebat. Sehingga ke saat akhir, tokwan masih mengajar kami tentang solat jenzah ghaib, penjagaan jenzah, khalifah, taman syurga, kesatuan keluarga dan lain-lain.
“Tokwan, mesti tokwan bangga dengan keluarga tokwan. Kami telah melakukan segalanya yang mampu walaupun ketika kami sedang bersedih dan menangis,” katanya yang turut mendoakan al-Fatihah kepada datuknya itu.
Sumber: Utusan Melayu