Alahai Comelnya Ayden, Anak Aliff Aziz Dan Bella

Posted on

Pelakon Aliff Aziz dan Isteri Bella Astillah, akhirnya mendedahkan wajah anak kesayangannya, Mohamad Ayden Adrean buat pertama kali.

Foto bayi tersebut dikongsi sendiri oleh Aliff dan isterinya menerusi akaun Instagram (IG) mereka semalam lapor Astro Gempak.

“Ia kurang daripada satu jam sebelum tarikh itu berubah menjadi 8 Ogos. Tepat pada tarikh ini bulan lalu bayi kami telah dilahirkan. Dan selama satu bulan kami tidak memperkenalkan wajah anak kami kepada orang ramai.

“Bismillahirrahmanirrahim, ini merupakan anak kepada saya dan isteri tercinta, Mohamad Ayden Adrean yang dilahirkan pada 8 Julai, pada pukul 3.46 petang dengan berat 2.96kg semasa dilahirkan.

“Sekarang dia berusia sebulan serta membesar dengan baik dan sihat Alhamdulillah. Semua keletihan dan stres akan hilang apabila meilhat wajahnya. Daddy dan Mummy sayangkan awak,” tulisnya.

Rata-rata pengikut IG juga turut memuji kecomelan anak lelaki mereka.
Antara komen yang diterima ialah:

 @najirul_81: “Comel sangat, campuran Aliff Aziz dan Bella.

@erianiadnan: “Masya Allah comelnya. Jagalah amanah ini sebaiknya okeyh Aliff.

@ain_nur123: “COmelnya mulut dengan hidung dia macam nak picit ja, handsome macam daddy dia bah, comel Ayden.

@tikahmatzin: “Alahaiii cutenya. Lepas ini janganlah buat perangai lagi ye, tengok tu Allah bagi wife cantik anak comel. So nikmat Tuhan yang manakah yang kamu ingin dustakan lagi?? Hargailahhh wahai Aliff Aziz.

Dalam pada itu, sama seperti selebriti lain, pasangan ini juga memilih untuk membuka satu akaun IG buat Ayden.

Setakat ini IG @aydenadrean17 baru saja mempunyai dua foto dengan hampir 32,400 pengikut.