Pelakon dan pelawak Jep Sepahtu telah dimasukkan ke Hospital selepas mengalami masalah kesihatan.
Menerusi entri di Instagram (IG) Sinar berkongsi gambar ketika dia sedang berada di sebuah hospital dan menerima rawatan susulan akibat masalah kesihatan yang dialaminya itu.
“Jep Sepahtu tak berapa sihat ni. Sama-sama kita doakan agar Jep sembuh segera dari sakit yang dialaminya,” tulisnya.
Rata-rata peminat serta rakan artis terkejut dan risau dengan keadaannya meninggalkan komen yang mendoakan supaya Jep kembali pulih selepas menerima rawatan.
Namun, menerusi perkongsian tersebut mereka tidak mendedahkan punca sebenar Jep dimasukkan ke hospital.
Kami di Gempak mendoakan agar Jep kembali sihat seperti biasa selepas menerima rawatan di hospital.
Sumber:gempak
Artikel berkaitan
‘Nak Jadi Artis Tersohor Kononnya’ – Shuib Karang Luahan ‘Deep’ Untuk Jep
Persahabatan antara Shuib dan Jep telah terjalin selama berbelas tahun sejak mereka bekerja sebagai pekerja bagasi di sebuah lapang terbang. Menerusi Instagram Shuib, dia meluahkan rasa bersyukur kerana dikurniakan teman baik seperti Jep kerana walau mereka pernah menempuhi zaman susah dan pernah bergaduh, namun tali persahabatan mereka tetap utuh.
Nama Shuib dia yang bagi lekat sampai sekarang
Shuib menyatakan bahawa selama belasan tahun mengenali Jep, pelbagai cabaran dan dugaan telah dilalui bersama. Angan-angan ingin menjadi artis tersohor sebelum ini menjadi kenyataan apabila mereka berdua kini menjadi pelawak popular tanah air.
Pernah bekerja sebagai staf pengangkat bagasi
Pernah bekerja bersama sebagai seorang pengangkat bagasi di lapangan terbang, sikap tidak pernah putus asa mereka wajar dicontohi kerana walaupun lebih lima kali gagal dalam uji bakat, akhirnya mereka berjaya sampai ke tahap tertinggi.
Sahabat dunia akhirat
Kini, mereka berdua telah berjaya mengukir nama di dalam industri seni serta telah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata namun tali persahabatan antara mereka tidak perah putus malas semakin kuat dan matang. Shuib meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan sahabat seperti Jep dan menganggap Jep sebagai sahabat dunia dan akhiratnya.
Sumber:ohbulan via ig Shuib