Selepas keguguran hingga mengalami pendarahan teruk pada Julai lalu, pelakon Syatilla Melvin mengumumkan perkhabarkan gembira apabila dia kini sedang hamil anak kedua.
Menerusi Instagram, Syatilla kongsikan berita gembira itu bersama gambar imbasan bayi yang dilakukannya.
Syatilla turut meluahkan rasa syukur dan memberitahu ada hikmah mengapa dia mengalami keguguran sebelum ini. Katanya lagi, berita kehamilannya itu merupakan hadiah hari kelahiran paling bermakna buat suaminya, Shaheizy Sam.
Rata-rata peminat mengucapkant tahniah kepada Syatilla dan suami, serta mendoakan agar kandungannya dalam keadaan baik dan sihat sentiasa.
Sebelum ini, pelakon Syatilla Melvin meluahkan rasa kecewa apabila hasrat untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran. Syatilla yang ketika itu hamil enam minggu mengalami pendarahan yang teruk selepas melakukan kerja rumah.
sumber : rotikaya