Kemelut rumahtangga yang melanda pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah hari ini berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam temubual bersama wartawan selepas selesai kes, Aliff Aziz mengakui yang beliau masih menyayangi isteri dan anaknya namun akur dengan apa yang terjadi sebagai balasan untuk sikapnya selama ini.
Bella Astillah pula berkata beliau akan meneruskan hidup seperti bersama anaknya tanpa kehadiran Aliff Aziz dan mengakui memohon penceraian selepas kontroversi demi kontroversi melanda rumahtangga bersama Aliff Aziz.
sumber : rotikaya