Aliff Aziz Didakwa Berkelakuan Tak Senonoh Di Tempat Awam

Aliff Aziz Didakwa Berkelakuan Tak Senonoh Di Tempat Awam

Posted on

Minggu lalu, nama pelakon kontroversi Aliff Aziz menjadi bualan ramai apabila ditahan oleh pihak polis di Singapura. Masih belum reda dengan kes tersebut, terbaru Aliff dilaporkan didakwa di mahkamah atas satu pertuduhan baru iaitu berkelakuan tidak senonoh.

Memetik laporan Berita Mediacorp Singapura, Aliff didakwa menjerit dan membuat gerak isyarat menggunakan tangannya secara terlampau di Orchard Towers, Singapra jam 6.25 pagi pada 10 November lalu.

Baca : “Ramai Cakap Buruk, Saya Harap Ada Ganjaran Di Akhirat”

Sebelum ini tular satu video memaparkan pelakon itu ditangkap polis di Singapura selepas didapati bergaduh dengan seorang lelaki.

Dalam rakaman tersebut, Aliff dilihat bergelut dengan anggota polis dan kedengaran dia menghubungi bapanya untuk mendapatkan bantuan.

Untuk kesalahan tersebut, jika disabit kesalahan Aliff boleh didenda sehingga S$2,000 (RM6,110) atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Ini merupakan tuduhan ketiga terhadap Aliff dimana sebelum ini, Aliff berdepan dengan dua tuduhan mencuri.

Pada 3 September lalu, Aliff dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri dan satu lagi kes mencuri sekotak rokok Marlboro serta pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura.

sumber : MSTAR ONLINE

Tauke Jambu Dipuji Pertahankan Aliff Aziz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.