Aliff Aziz Imbau Kembali Foto Nikah Dengan Bella Astillah
Sebulan sudah berlalu sejak Aliff Aziz dan Bella Astillah bercerai. Bersempena Hari Bapa semalam, Aliff mengimbau kembali gambar ketika di saat bahagia mereka diijabkabulkan pada 9 September 2016.
Menerusi Instagram, Aliff menulis Bella sentiasa berada disampingnya ketika senang, mahupun susah. Malah jelasnya lagi, andai dapat diputarkan waktu kembali, beliau mahu mengubah segalanya.
Bagaimanapun apa yang mencuri perhatian ramai, dalam luahan itu Aliff seakan memberikan bayangan mahu kembali kepada Bella dan menjadi suami yang terbaik. Aliff juga turut meminta peminat mendoakannya.
Sebelum mengakhiri luahannya, Aliff seakan dapat menjangkakan kenyataannya itu akan mendapat pelbagai reaksi dari peminat. Pun begitu, Aliff berkata, beliau percaya dengan ketetapan jodoh dari Allah.
Seperti yang dijangkakan, ramai memberikan pelbagai pendapat. Ada yang masih menentang keras andai Bella membuka hati untuk berbaik semula, tetapi ada juga yang akan mendoakan kebahagiaan mereka.
sumber :rotikaya