“Aliff Aziz Tolong Move On, Kesian Bella Teringat & Menangis”

Posted on

Biarpun selama ini kelihatan tabah di depan kamera, namun Bella Astillah tidak mampu lagi menahan sebak apabila bekas suami, Aliff Aziz menegurnya di Instagram ketika membuat live bersama peminat.

Bella Astillah Sebak Ditegur Aliff Aziz Di Instagram Live

Menerusi rakaman yang dikongsikan di Twitter, Aliff tampil menyertai live tersebut dan memberikan salam kepada Bella. Salam tersebut dijawab baik oleh Bella sambil bertanyakan khabar berita Aliff.

Pun begitu pertanyaan berikutnya ternyata mengundang sebak apabila Aliff bertanyakan kepada Bella jika beliau mempercayai keajaiban. Dengan raut wajah yang sedih, Bella menjawab beliau yakin akan ada keajaiban.

Ternyata perbualan diantara mereka mencuri perhatian ramai apabila netizen turut berasa sedih dan simpati terhadap dugaan yang menimpa pasangan itu. Ramai juga memuji Bella yang kelihatan kuat menghadapi situasi itu.

Selain kata-kata semangat, netizen turut mendoakan agar Aliff akan berubah sikap menjadi insan yang lebih baik agar mereka dapat dijodohkan kembali menjadi suami isteri yang sah.

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.