“Aliff Rasa Kehilangan & Putus Asa, Perlukah Kita Bersorak?”

Posted on

Selepas tular gambarnya dengan tatu berukir nama bekas isterinya, Bella Astillah,tersebar pula gambar dan video Aliff Aziz memperlihatkan bahagian belakangnya dicacah dengan lukisan menyerupai tatu.

Menerusi Instagram, Bella yang baru tiba dari Melbourne, Australia tampil menjelaskan apa yang berlaku. Menurut Bella, Aliff memberitahunya bahawa dia telah dianaiya oleh individu yang baru dikenalinya.

“Saya sangat sedih dengan apa yang menimpa diri Aliff. Walau apapun he is still the father of my son.

“Dan sebenarnya sebelum bella berangkat ke Melbourne, Bella bawa Ayden berjumpa dengan dia di Singapore untuk spend time dengan Daddy dia.

“Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga. Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi and dia beritahu dianiaya oleh orang yang baru saja dia kenal yang terdapat dalam video tersebut hanya untuk mengenakan dia,” katanya.

Dalam pada itu, Bella turut menasihati netizen agar memberi ruang kepada bekas suaminya itu yang kini dalam keadaan tidak stabil dan kemurungan.

“Tapi niat dan point utama saya kat sini, Aliff berasa kehilangan dan putus asa. Perlukah kita bersorak gembira? Adakah kita betul2 tiada hati dan perasaan?

“Adakah kita atau ahli keluarga kita dah cukup sempurna? Adalah lebih baik kita doa yang baik2 sebab kita sendiri taktahu apa dan bagaimana pengakhiran hidup kita.
.
Malah Bella juga berharap agar netizen dapat membantu Aliff dengan mendoakan dan meninggalkan komen yang baik-baik buat bekas suaminya itu.

Terdahulu, Aliff seolah memberi bayangan ingin kembali bersama bekas isterinya, Bella Astillah selepas bercerai pada 16 Mei lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.