Nama usahawan kosmetik Aliff Syukri kembali panas apabila sebuah video yang dimuat naik di Intagram menunjukkan beliau sedang membeli-belah di sebuah pusat membeli belah di Sydney, Australia tular dan menjadi bualan ramai.
Video tersebut memaparkan Aliff Syukri mahu masuk ke sebuah butik mewah namun dihalang oleh pekerja butik. Malah Aliff turut dilihat merayu-rayu untuk memasuki butik berkenaan.
Bengang kerana dihalang masuk dan rayuannya tidak diendahkan, Aliff memanggil pekerja tersebut bodoh dan meluahkan rasa pelik mengapa pekerja tersebut tidak membenarkan pelanggan masuk untuk membeli.
Menerusi kepsyen video tersebut, Aliff memberitahu beliau berada di butik tersebut pada jam 5 petang dan kejadian itu merupakan kenangan buruk baginya. Aliff turut mempersoalkan adakah beliau tidak dibenarkan masuk kerana mereka orang kampung.
Video tersebut mendapat perhatian netizen dimana rata-rata mereka mengecam tindakan Aliff Syukri kerana tidak tahu waktu pusat beli-belah beroperasi dan budaya negara tersebut.
Rata-rata netizen mengatakan, di Australia semua kedai di pusat membeli belah sememangnya akan ditutup tepat jam 5 petang dan pekerja akan pulang ke rumah tepat pada waktunya.
Ada juga segelintir netizen memberikan nasihat kepada Aliff Syukri supaya belajar tentang peraturan dan budaya sesebuah negara sebelum ke sana bimbang tindakannya itu nanti hanya memalukan diri sendiri.