Susulan penularan COVID-19 di Malaysia, ramai yang tampil memberikan bantuan termasuk para selebriti yang menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutama golongan susah serta membantu mengurangkan beban pasukan perubatan.
Berikutan itu, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri digesa untuk menyalurkan bantuan mahupun derma ketika negara berdepan krisis wabak COVID-19. Bagaimanapun, Aliff mengakui sudah banyak menghulurkan bantuan tetapi tidak dihebahkan kepada umum.
BACA : Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank 6 Bulan Khas COVID-19
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff turut meluahkan rasa terkilan apabila segala kebaikan yang dilakukan sering dipandang negatif apabila timbul dakwaan mengatakan dia tidak memberikan bantuan kepada mereka yang kesusahan dan berhadapan dengan penyakit wabak COVID-19.
Aliff memberitahu dia sudah menderma berpuluh ribu ringgit namun tidak diberitahu kepada umum kerana bimbang akan dilabek riak dan menunjuk-nunjuk.
“Adakah anda tahu sebenarnya saya telah membantu lebih daripada puluhan ribu ringgit untuk mereka yg susah dlm penyakit cronola ini.
“Dan orang mengatakakan saya tidak membantu. Saya meriyak dan sebagainya. Jika saya bantu korang kata saya riyak, jika saya tidak bantu korang kata saya jahat. Kalau saya tunjuk buat live, korang kata saya menunjuk. Sebenarnya korang nak apa?
“Sebenarnya saya dah banyak bantu tapi saya senyap sebab saya tak nak orang cakap saya riyak mak saya pun dah pesan,” katanya.
Meskipun segala tindakannya sering dipandang negatif, namun Aliff berkata dia tetap memberi bantuan dengan menyediakan RM30,000 untuk mana-mana pihak yang memerlukannya dengan meninggalkan komen di Instagramnya.