Subhanallah ! Tiba-Tiba 40 Ribu Umat Islam Bersolat Jumaat di Masjid Al Aqsa. Ini Sebabnya

Posted on

BAITULMAQDIS – PALES TIN. Lebih 40,000 penduduk Islam menunaikan solat Jumaat diluar perkarangan masjid al-Aqsa hari ini, selepas tentera rejim menutup pagar al-Rahma dengan kunci dan rantai besi.

Tindakan itu dilakukan bagi menghalang penduduk Islam memasuki masjid berkenaan

Kehadiran ribuan penduduk Pales tin memaksa Is rael menghantar polis serta penembak tepat di seluruh kawasan masjid sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku pertempuran.

Pihak berkuasa Zio nis sebelum ini melarang seramai 133 penduduk Pales tin daripada memasuki kompleks Masjid al-Aqsa pada bulan lalu.

Selain itu, seramai 229 penduduk Pales tin ditahan pihak berkuasa Is rael pada bulan lalu selepas didakwa melakukan kesalahan dengan sengaja mencetuskan kekecohan serta kekacauan.

Kesemua langkah berat sebelah Is rael itu dikuat kuasa selepas penduduk Pales tin membuka Bab al-Rahma pada bulan lalu selepas ditutup hampir 16 tahun oleh rejim Zio nis.

Is rael mendakwa bangunan itu digunakan untuk kegiatan politik oleh pertubuhan yang diharamkan. – Agensi.

Sumber : Sinar Harian

ISRAEL LARANG RAKYAT PALESTIN MEMASUKI MASJID AL-AQSA

Pihak berkuasa Is rael telah melarang 133 rakyat Pales tin memasuki Masjid Al-Aqsa dalam bulan Februari, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik laporan sebuah badan bukan kerajaan Pales tin.

Dalam laporan terkininya, Pusat Maklumat Wadi Hilweh yang berpangkalan di Baitulmaqdis berkata Sheikh Abdul-Azim Salhab, yang mengetuai Majlis Wakaf Baitulmaqdis, dan Sheikh Najeh Bkerat yang merupakan timbalan pengarah Wakaf Islam dan Hal Ehwal Al-Aqsa, adalah antara mereka yang dilarang memasuki pekarangan masjid itu.

Pada Ahad, Salhab telah dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa selama 40 hari manakala Bkerat dilarang berbuat demikian selama empat bulan.

Larangan itu diumumkan seminggu selepas polis Is rael menahan kedua-dua lelaki dalam tempoh yang singkat selepas menyerbu kediaman mereka di Baitulmaqdis.

Sejumlah 229 orang turut diberkas pada bulan yang sama, menurut laporan itu.

Ketegangan memuncak di Baitulmaqdis sejak lewat bulan lepas apabila Is rael menutup Masjid Al-Aqsa, yang terletak bersebelahan dinding Kota Lama Baitulmaqdis, sekali gus mencetuskan demonstrasi penuh berang rakyat Pales tin.

Bagi umat Islam, Al-Aqsa merupakan tempat ketiga paling suci di dunia selepas Makkah dan Madinah.

Orang Yahudi merujuk kawasan itu sebagai “Gunung Kuil” dan mendakwa ia adalah tapak dua kuil Yahudi pada zaman purba.

Is rael menduduki Baitulmaqdis Timur di mana Al-Aqsa berada semasa Perang Arab-Is rael pada 1967.

Ia menduduki seluruh bandar itu pada 1980 dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Sumber Artikel : BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.