Almy Nadia Dedah Suami Sudah Tiga Bulan Tak Ada Job

Posted on

Meskipun baru saja memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 baru-baru ini, pelakon Datin Almy Nadia mendedahkan suaminya, Datuk Fizz Fairuz sudah hampir tiga bulan tidak menerima tawaran berlakon.

Perkara itu diluahkan oleh Almy menerusi Instagram miliknya. Menurut Almy mungkin ada pihak produksi menyangkakan suaminya terlalu sibuk dan beranggapan Fizz meletakkan bayaran mahal selepas menang anugerah.

“Bila dah dua bulan tak ada job, muka ketat, orang bajet dia sibuk, Fizz busy, Fizz mahal, Fizz sibuk! Sedangkan dah duduk rumah nak masuk bulan ketiga tak ada shooting,” tulisnya.

Perkongsian Almy itu turut mendapat perhatian netizen termasuk pelakon Nad Zainal yang mengatakan selepas menang anugerah ramai yang takut nak ambil berlakon, namun tetap memberikan kata positif pasti akan ada tawaran selepas ini.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengatakan rugi jika pihak produksi tidak mengambil Fizz berlakon kerana beliau seorang yang berbakat besar. Malah, netizen mendoakan agar Fizz sekeluarga dikurniakan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.