Amal Solat Sunat Dan Selawat Setap Hari, Gadis Ini Syukur Dipanggil 5 ‘Interview’ Dalam Masa Sebulan

Posted on

Zaman sekarang saingan hebat untuk dapatkan kerja memang susah tambah-tambah lagi bila graduan lepasan universiti. Ada yang terpaksa menganggur berbula-bulan malah bukan itu sahaja ada yang sampai ‘makan’ tahun.

Perkongsian menarik ini daripada seorang gadis, Hazida Jimmy di laman Twitternya yang berkongsi pengalaman mendapat lima tawaran kerja dalam masa sebulan.

“Aku boleh dapat interview untuk lima job dalam satu bulan dan kelima lima sekali aku dapat …”

Macam mana aku boleh dapat interview untuk lima job dalam satu bulan dan kelima lima sekali aku dapat. tiga daripada tu aku tolak sebab jauh. Kemudian, semalam aku dapat lagi dan diarahkan masuk kerja bulan depan. harini pulak aku dapat call lagi sekali dan di arah untuk buat medical check up esok.

So, aku nak kongsi tips macam mana aku boleh dapat offer kerja yang banyak hanya dalam satu bulan sahaja. Senang dan mudah. Semua orang boleh buat. Tambah pula, benda ni tak merugikan sesiapa pun. 

Aku tahu bunyi macam cliche dan agak keagamaan tapi benda ni aku selalu buat. mula mula memang malas dan rasa nak give up. tapi aku tetap buat sebab aku percaya sangat sangat, kalau aku buat ni, mesti Tuhan bagi punya. so, aku ringkaskan je ye. Moga bermanfaat.

Pernah dengar solat sunat rawatib qabliyyah & ba’diyyah ? Walaupun solat sunat tapi aku rasa benda ni memang betul betul berkesan. Pernah sekali aku buat masa aku nak sangat ada kerja, sehari je aku buat, full buat solat sunat, aku tambah solat tahajjud. Esok tu aku dapat call.

“Aku ada je buat paid retweet, tapi kadang aku malas nak charge, jadi aku buat free je. Cuma aku selitkan dekat dorang, aku mintak doa supaya aku dipermudahkan rezeki”

Aku dapat kerja esok tu jugak. Guys, benda ni realiti tau, aku dah buat dan aku dapat. Cuma sejak PKP haritu, company suruh cuti lama. Jadi aku tak tahan, aku nak jugak ada kerja sebab taknak susahkan orang.

Aku ada je buat paid retweet, tapi kadang aku malas nak charge, jadi aku buat free je. Ada la yang bayar sebab yelah aku takda kerja. Maybe dorang rasa bersalah. Kadang aku ambik, kadang aku tak ambik. Cuma aku selitkan dekat dorang, aku mintak doa supaya aku dipermudahkan rezeki. Aku tak ada duit nak buat sedekah, jadi dengan cara ni je aku mampu buat.

Ni benda penting sekali kena tau. Masa first aku buat solat sunat tu, seharian aku tunggu, tapi tak dapat satu pun call. Aku fikir mungkin sebab haritu aku “take Allah for granted” bila Allah dah bagi, aku tak praktikkan benda tu secara berterusan. Salah aku, bukan salah Tuhan.

Aku tak give up lagi, aku terus buat solat sunat rawatib tu, sebagai mana aku buat solat lima waktu aku setiap hari. Aku jadikan benda tu kewajipan. Plus, aku tambah setiap malam aku dengan Tahajjud. Last sekali, setiap selepas Maghrib aku baca quran, tak banyak sikit pun jadi.

“Aku salawat 300 kali sehari. Setiap habis solat, aku akan salawat 60 kali … memang aku pakai cable, cable aku adalah Allah”

Oh, satu lagi. Aku salawat 300 kali sehari. Setiap habis solat, aku akan salawat 60 kali. Tapi kalau nak buat lebih pun, lagi bagus. minimum 300 kali sehari. Dan zikir macam biasalah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar 33 kali setiap kali habis solat. nampak macam rumit tapi kalau dah terbiasa, korang akan rasa biasa je bila buat semua ni. hal syaitan ni, aku susah nak cakap, mereka memang akan selalu goda kita. kita je yang kena tahan.

So, pendek cerita la eh, kalau aku boleh, korang mesti boleh jugak. Sekian sahaja tips yang tak seberapa dari aku lagi satu, memang aku pakai cable, cable aku adalah Allah. Tak ada lain. semua position aku mintak, satu pun family aku takda kena mengena. Masa interview rata rata tanya aku, ada family ke kerje sini ? Aku cakap tak ada. Ye lah, dah memang tak ada kan, nak buat macam mana. 

Sumber: Hazidajimmy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.