‘Aman Graseka Romantik…’ – Beza Usia 29 Tahun Bukan Halangan. Reena Kongsi Bagaimana Dia Terpikat

Posted on

MODEL dan pelakon baharu, Reena Areena mengakui terpikat dengan sikap suaminya, Aman Graseka, 51, yang romantik dan penyayang.

Malah, selebriti berusia 29 tahun ini mengakui perbezaan umur yang jauh bukanlah satu halangan buat mereka.

“Alhamdulillah, saya senang dengan sikap dia. Keluarga saya juga begitu. Dia seorang yang romantik dan penyayang.

“Bagi saya, usia bukanlah satu masalah besar. Apa yang penting, kami dapat membina persefahaman yang baik,” katanya pada Sinar Harian.

Reena dan Aman diijabkabulkan dalam satu majlis ringkas sambil disaksikan keluarga dan sanak saudara serta kenalan rapat di Masjid Al-Huda, Kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah, pada 18 Mac tahun lalu.

Ini merupakan perkahwinan pertama Reena dan yang kedua buat Aman.

Pasangan ini bertemu ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production di Perlis, tahun lalu.

“Kami tak ada rancangan nak buat majlis kahwin secara besar-besaran. Lagipun, jadual suami pula agak padat. Kami pun tak bertunang sebaliknya terus bernikah.

“Bahkan, hari ini suami dah pun ke Melaka kerana sibuk dengan shooting,” katanya.

Pun begitu, pasangan ini juga berhasrat untuk mengadakan majlis resepsi, selepas ini.

“Insya-ALLAH, kami tetap akan buat resepsi, tunggulah selepas semua kerja-kerja suami selesai nanti,” katanya.

Terdahulu, Aman pernah berkahwin dengan penyanyi dangdut popular, Mas Idayu pada 1997.

Namun ia hanya mampu bertahan selama 10 tahun dengan dikurniakan seorang cahaya mata, Nurdayini Ashiqah, 20 tahun.

Aman berkata, sebelum ini, dia pernah tidak terfikir untuk mencari jodoh namun, perasaan ingin kembali berumah tangga hadir selepas bertemu kekasihnya itu.

“Bohong kalau selama 15 tahun bersendirian, saya tidak berkawan dengan gadis lain. Tetapi, pintu hati saya tidak terbuka untuk berumah tangga lagi. Saya juga tidak pernah menjalin hubungan secara serius selepas bercerai.

“Dalam bercinta, saya suka wanita yang lebih muda, sebolehnya belum mencecah usia 30 tahun kerana ia memberikan cabaran dalam perhubungan. Cabaran itu membuatkan cinta tidak mudah pudar dan membosankan.

“Disebabkan itu, saya mengelak daripada menjalin cinta dengan wanita matang kerana pada saya, hubungan itu kurang rencah dalam mewarnai hidup,” katanya.

Aktor yang kembali menjadi bualan ramai apabila membintangi drama 7 Hari Mencintaiku itu sebelum ini, mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dangdut popular, Mas Idayu dan memiliki cahaya mata, Nurdayini Ashiqah, 19.

Aman berkata, pada usia 50 tahun, sudah tiba masa untuk dia memikirkan semula soal jodoh.

“Saya mula terfikir untuk mencari wanita yang boleh menjaga makan minum dan sakit pening saya apabila hari tua nanti.

“Kuasa Allah mempertemukan saya dengan Reena ketika menjalani penggambaran drama Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production Sdn Bhd pada April lalu di Perlis.

“Secara jujur, saya sudah malas mencari jodoh tetapi, apabila bertemu Reena, hati saya memang terpaut. Biarpun masih muda, dia boleh mengikut rentak saya. Perbezaan usia selama 22 tahun juga tidak menghalang kemanisan dalam perhubungan kami.

Sumber; hmedia.host via celotehsaje

Selain Aman Graseka,5 Selebriti Ini Sebenarnya Kerabat Diraja! Low Profile Je Mereka Ni..Artis No 1 Mesti Ramai Tak Sangka

Lazimnya kita mendengar selebriti dikaitkan dengan kerabat diraja tertentu. Tapi tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa selebriti tanah air yang sememangnya berketurunan raja.

Siapakah selebriti tersebut? Hangat bawakan secara eksklusif 5 selebriti yang berketurunan diraja.

1. Anis Suraya dan Shawn Baharin

Pasangan adik beradik yang masing-masing terkenal dengan lagu Cinta Tersimpul rapidan Melodi hati ini sebenarnya merupakan sepupu kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan.

Kali terakhir Anis Suraya atau nama sebenarnya adalah Tengku Ani Suraya Binti Tengku Sulaiman dilihat di pentas besar adalah pada tahun lepas sewaktu dijemput sebagai penyanyi jemputan Gegar Vaganza.

Manakala bagi Tengku Tengku Shamsul Bahrin bin Tengku Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Shawn Baharin tidak lagi menyanyi di Malaysia tetapi rezekinya telah tertulis di negara orang. Kalau pasangan adik beradik ini muncul di pentas Gegar Vaganzamesti terubat rindu kan?

2. Kuza , Kuna, Kuni

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Tengku Sariza Tengku Muzani(Kuza)Tengku Sariwani Tengku Muzani (Kuni)Tengku Sarina Tengku Mukhzani(Kuna)sebenarnya adalah adik-beradik. Mungkin ramai yang tidak perasan kerabat diraja kelantan ini sebenarnya adik beradik kerana agak susah untuk melihat mereka ini berlakon di dalam satu drama atau filem yang sama.

3. Datuk Seri Shah Rezza

Individu ini cukup dikenali di Malaysia terutamanya dalam hiburan. Jika dahulu beliau aktif berlakon sekitar 80-an kini Datuk Seri Shah Rezza aktif sebagai pereka yang cukup dihormati. Datuk Seri Shah Rezzaatau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman Shah merupakan seorang kerabat diraja Kelantan disebelah bondanya manakala Perak disebelah Ayahandanya.

Bonda beliau, Tengku Salwani binti Almarhum Sultan Yahaya Petra merupakan anakanda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIDatuk Seri Shah Rezza juga merupakan sepupu kepada Sultan Kelantan sekarang, KDYMM Sultan Muhammad Ke-V dan anak saudara kepada DYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah iaitu isteri kepada DYAM Raja Dihilir Perak.

4. Raja Azura

Siapa yang tidak kenal dengan Raja Azuraatau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku. Kepetahan dan gelagatnya yang mencuit hati pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terhibur. Raja Azura binti Tengku Ahmad Tajudin sebenarnya mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja Perak.

5. Sheera Iskandar

Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar atau lebih dikenali sebagai Sheera Iskandar merupakan anak sulung pelakon Aznah Hamid dengan YM Tengku Iskandar Bin YM Tengku Long Ahmad (Tengku Panglima Raja) bin YAM Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Temenggong) Ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah), seorang kerabat diraja Kelantan.

Lakonannya menerusi drama bersiri Janji Diana cukup meninggalkan kesan dan turut menaikkan nama beliau ketika itu.

Tidak sangka bukan? Selain senarai di atas, antara selebriti lain yang berketurunan raja adalah Tiara One In A Million, Raja Teh Umi Kalsom, Que HaidarAman Graseka dan Datin Nina Jureen.

Sumber:hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.