Ameera Khan Bergurau Samakan Air Sungai Kelantan Dengan Teh Tarik

Posted on

Pulang ke kampung halaman di Kelantan baru-baru ini, perkongsian personaliti media sosial, Ameera Khan menjadi perhatian ramai apabila gadis itu berkongsikan foto air sungai di Kelantan ketika berada di dalam penerbangan.

Apa yang menjadi bualan apabila Ameera menyamakan air sungai di Kelantan seperti teh tarik. Menerusi kapsyen, Ameera berkata jika tak nampak macam teh tarik bermakna anda bukan berada di Kelantan.

“Kalau ia tak nampak macam teh tarik, anda bukan di Kelantan,” tulisnya.

Foto yang dikongsikan oleh Ameera itu jelas kelihatan aliran sungai di negeri itu yang berwarna kuning dan keruh, sama seperti air teh susu.

Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan bersetuju dengan gurauan Ameera itu. Malah, netizen mengatakan air sungai di Kelantan menjadi kuning gara-gara aktiviti pengondolan hutan dan kegiatan pembalakan yang semakin berleluasa.

Tidak kurang juga ada segelintir netizen turut memberi nama lain dengan menyamakan air sungai Kelantan dengan teh beng dan Chai.

Join Telegram

Samsung Mungkin Tidak Menyertakan Pengecas Dalam Kotak Telefon Pintar Baru Seawal Tahun Hadapan

Baru-baru ini, kita telah mendengar laporan mengatakan Apple mungkin tidak menyertakan pengecas dalam telefon pintar terbaru mereka. Kini, selain daripada Apple, pihak Samsung juga dilihat sedang mempertimbangkan perkara yang sama.

Melalui laporan baru dari Korea Selatan, Samsung dikatakan sedang melihat kepada idea untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak telefon pintar baru.

Salah satu sebabnya dikatakan adalah untuk mengurangkan kos, apatah lagi dengan pengecas yang kini telah dipunyai oleh ramai pengguna seluruh dunia, selepas lebih 10 tahun telefon pintar diperkenalkan.

Pengurangan kos ini dijangka akan menyelarikan peningkatan kos untuk telefon pintar 5G yang masih membawakan tanda harga yang tinggi.

Buat masa ini, Samsung dikatakan masih mempertimbangkan perkara ini, dan sekiranya ya, maka beberapa model yang akan dipasarkan pada tahun 2021 kelak, mungkin tidak menyertakan pengecas bersama dengannya dalam kotak jualan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.