Seorang lelaki berusia 27 tahun mahu menyaman ibu bapa sendiri kerana melahirkannya ke dunia tanpa meminta persetujuannya terlebih dahulu.
Oddity Central melaporkan, Raphael Samuel merupakan seorang anti-natalism iaitu fahaman melahirkan seseorang tanpa meminta kebenaran daripada anak yang dilahir adalah salah dari segi moral.
Lelaki itu menyifatkan dirinya sebagai mangsa kehidupan dan terpaksa mengharunginya menyebabkan dia mahu menyaman ibu bapanya.
“Saya ingin memberitahu semua anak-anak India bahawa mereka tidak berhutang kepada ibu bapa mereka.
“Saya menyayangi ibu bapa saya dan kami mempunyai hubungan yang baik tetapi saya dilahirkan hanya untuk mereka merasa gembira kerana memiliki anak,” katanya kepada The Paper.
Tambahnya, kehidupannya sangat baik namun Samuel tidak nampak kenapa perlu ke sekolah dan mencari pekerjaan sedangkan dia tidak minta dilahirkan ke dunia ini. – AGENSI
Sumber: Oddity Central