“Anak saya takde sawan..” – Terkini Polis Jumpa Sesuatu Di Toto Milik Aleya Dalam Bilik.

Posted on

Berikutan kes kem4tian Nur Aisyah Aleya Abdullah yang may4tnya ditemui dibuang di Langkawi, ibunya tampil memberikan kenyataan.
“Naluri saya kuat mengatakan anak saya sudah tiada apabila anak lelaki suspek berusia empat tahun memberitahu Aleya dah m4ti,” kata Rosmaliah Samo menerusi laporan Berita Harian.

Wanita berusia 31 tahun itu berkata, dia mula berasa tidak sedap hati ketika berkunjung ke rumah pasangan suami isteri yang mengasuh anaknya apabila diberitahu mereka sudah menyerahkan Aisyah yang berusia tiga tahun itu kepada orang lain.

“Kawan lelaki (suspek) ada datang ke hostel (asrama) berhampiran tempat kerja berjumpa saya, namun berdolak dalih memberitahu anak saya sihat di bawah jagaannya dan dia akan bawa bertemu saya tidak lama lagi.

“Kami berkenalan empat bulan lalu dan dia membawa saya pulang tinggal rumahnya serta memperkenalkan saya sebagai rakan kepada isterinya yang juga jururawat di hospital,” ujarnya.

Tambah Rosmaliah, hubungan dia dengan isteri kawan lelakinya itu amat baik, namun isterinya mula mengesyaki sesuatu apabila mereka sering berbalas mesej antara satu sama lain.

Dia kemudian keluar dari rumah berkenaan sejak 27 Januari lalu untuk bekerja di kedai makan berkenaan dan sepanjang tempoh itu dia tidak pernah bertemu dengan anaknya.

“Disebabkan rindu untuk bertemu dengan anak, saya pergi ke rumah mereka pada 22 dan 23 Februari lalu, tetapi kecewa apabila dimaklumkan anak saya tiada dalam jagaan mereka.

“Pada 28 Februari lalu, kawan lelaki dan isterinya datang bertemu saya dan memujuk kembali tinggal bersama mereka, tetapi saya enggan kerana mereka tidak mahu memberitahu di mana anak saya berada,” katanya.

Rosmaliah mendakwa, anaknya juga pernah ditampar beberapa kali di depan matanya selain seluruh badan mempunyai kesan lebam serta kesan dicucuh api rokok selain kulitnya melecur seperti disiram air panas.
“Ketika tinggal bersamanya di kuarters itu, saya cuba untuk melarikan diri tetapi lelaki itu menghalang dan meletakkan mangga pada pintu rumah.
“Isterinya (suspek) pernah memberitahu yang suaminya juga pernah membawa perempuan lain pulang dan tinggal bersama di kuarters itu sebelum ini menyebabkan saya tak kisah apabila dia bawa saya pulang ke rumah itu.
“Dia seorang yang panas baran dan suka pukul kalau tak ikut cakap dia malah isterinya juga pernah menjadi mangsa dan saya kurang yakin isterinya terbabit bersubahat dalam perkara ini,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, dia menafikan anaknya mempunyai penyakit sawan seperti yang didakwa suspek dan mungkin itu alasan yang diberikannya sebaik melihat anak saya sudah meninggal. Sumber : Berita Harian

Artikel Berkaitan: Toto berdarah di bilik Aleya

POLIS merampas toto yang mempunyai beberapa titisan darah di rumah suami isteri di Kuarters Hospital Langkawi untuk membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, toto itu dirampas Unit Forensik pada 3.30 petang hari ini di bilik tidur mangsa, Nur Aisyah Aleya Abdullah.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menolak kemungkinan ada unsur penderaan terhadap mangsa atau di rumah berkenaan.

“Toto itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi membantu siasatan.

“Selain itu, kami akan meneruskan temubual dan soal siasat terhadap pasangan terbabit untuk siasatan lanjut.

“Kami akan turut merakam percakapan semua anak pasangan terbabit bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, malam ini.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya sudah menghubungi ibu mangsa untuk memaklumkan mengenai penemuan tengkorak dan cebisan rambut di kawasan gaung di Gunung Raya, pagi hari ini dan dia kelihatan sedih dengan kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya, ibu mangsa sanggup memberi kerjasama termasuk mengambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Langkawi esok.

“Kami akan mengambil sampel darah pasangan suspek itu untuk membantu siasatan susulan penemuan titisan darah pada toto memandangkan suspek wanita mengatakan suaminya pernah memukul.

“Selain itu, Bahagian Siasatan Jenay4h IPD Langkawi bersama Unit K-9 akan ke lokasi penemuan tengkorak itu semula untuk mencari anggota badan lain.

“Kami bimbang anggota badan sudah dimakan binatang buas dalam hutan berkenaan dan kami akan meluaskan kawasan pencarian yang agak mencabar kerana hutan tebal,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, pencarian pada hari ini terpaksa dihentikan memandangkan kawasan itu merbahaya kerana gaung dalam sehingga menyukarkan pihaknya mencari anggota badan mangsa lain.sumber harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.