“Anak Suruh Saya Cari Pemain Bola Sepak Jadi Ayah Baru”

Posted on

Mengikut jejak langkah bapanya, anak Rita Rudaini juga suka bermain bola sepak hinggakan meminta ibunya berkahwin dengan pemain bola sepak supaya dapat mengajarnya bermain sukan terbabit.

Menerusi Instagram, Rita berkongsikan perbualan beliau bersama anaknya, Ryan yang bersahaja menyuruh Rita mencari ‘daddy’ baru yang pandai bermain bola sepak supaya dapat mengajarnya bermain.

Bagaimanapun apa yang menarik perhatian ramai, gambar Rita bersama patung pemain bola sepak antarabangsa berserta kepsyen sindiran, bapa Ryan yang dijumpainya namun telah disumpah menjadi patung agar tidak dirampas orang.

Perkongsian Rita membuatkan ramai geli hati dengan permintaan anak sulungnya itu, tambah lagi dengan kepsyen sindiran makan dalam Rita terhadap perkahwinan terdahulu bersama seorang pemain bola sepak.

Pandai Ryan memilih calon ayah yang baru, macam sama citarasa dengan ibunya pula. Buat Rita, selamat mencari ayah baru buat anak sulung, masih ramai lagi tu pemain bola sepak yang masih bujang!

sumber :mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.