Ketika ramai peminat tertanya-tanya apa sebenarnya penyakit yang dihidapi Ardell Aryana, terbaru pelakon itu ada memuat naik video menunjukkan dia berkerusi roda.
Menerusi video tersebut, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, berada di kerusi roda yang sedang disorong oleh ibunya telah menyentuh hati netizen.
Pada posting berkenaan, pelakon filem Surf This Love itu turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada ibunya.
“Hari ini hari jadi mama saya, terima kasih kerana sabar, untuk doa dan usaha, semoga Allah merahmati mama. Selamat ulang tahun i love you.
“Anda bukan sahaja ibu tapi kawan baik, hadiah istimewa dari Allah untuk kita sebagai anak. Saya nak mama tahu nama mama sentiasa ada dalam doa saya,” tulisnya.
Rata-rata bertanya tentang penyakit sebenar yang dihidapi wanita itu.
Ada segelintir turut mendoakan kesihatan Ardell dan memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu menempuhi ujian tersebut.
“Semoga cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian ini,” ujar.
Sebelum ini pelakon Nadzmi Adhwa menerusi Instagram miliknya memaklumkan Ardell kini kini sedang sakit dan bakal menjalani rawatan terapi. Namun Nadzmi tidak memberitahu secara terperinci tentang sakit yang dihidapi oleh temannya itu.