Berterusan dihimpit dengan kontroversi, Aliff Aziz kini terpalit pula dengan dakwaan mencuri duit seorang pelakon Indonesia, Raja Yunika Putri ketika berada dalam sebuah kelab malam di Singapura pada 7 Jun lalu.
Aliff Aziz Curi Duit Pelakon Indonesia Di Kelab Malam?
“Saya menyedari wang (dolar Singapura dan Rupiah) hilang selepas kembali ke tempat duduk semasa membuat bayaran di kaunter. Saya tinggalkan beg mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk”
“Sudah pasti saya mengesyaki dia yang mengambilnya kerana tinggalkan beg di tempat duduk bersamanya. Saya ada memberitahunya mahu melaporkan kepada polis, namun dia mencabar saya supaya terus melaporkannya,” katanya.
Sementara itu, Yunika menerusi berita HaluanKepri.com mengakui ada bertemu dengan Aliff di Clarke Quay, Singapura. Laporan polis sudah dibuat dan kini kes ini sedang dikendalikan oleh pihak polis republik itu.
Kami juga tidak pasti kesahihan berita ini. Harapnya Aliff tampil menjelaskan perkara ini agar tiada salah faham bakal timbul. Jika benar, diharap kedua pihak dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik.