Setiap Muslim yang bertakwa sudah pasti mengimpikan pengakhiran hidup dengan cara yang paling dimuliakan Allah.
Namun bukan semua orang yang mendapat kelebihan meninggal dalam keadaan husnul khatimah ini. Hanya orang yang sentiasa melakukan amal kebajikan sahaja yang diberi peluang untuk merasainya.
Baru-baru ini, seorang warga emas dilaporkan telah meninggal dunia ketika menunaikan solat Isyak di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Sungai Bemban, Trong di Taiping.
Kandungan
Tak pernah ambil upah masak untuk jemaah masjid
Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah amalan mulia arwah ketika hayatnya sehingga dijemput Ilahi dalam keadaan yang dimuliakan Allah iaitu ketika sedang menunaikan solat.
Warga emas yang dikenali sebagai Sharuddin Nordin, 65, merupakan tukang masak masjid dan telah berkhidmat selama 12 tahun.
Arwah dikatakan tidak pernah meminta sebarang upah atau gaji walaupun sekali.
Jenis pendiam dan tak banyak cakap
Anak perempuan arwah, Asnalhuda ketika ditemui pihak media, telah menceritakan serba sedikit peribadi ayahnya yang pendiam dan tidak suka bercerita mengenai perkara kebaikan yang dilakukan.
Buat amal diam, orang tanya dia senyum sahaja
Selain memasak, arwah juga ditugaskan untuk menguruskan segala pembayaran bil api dan air masjid yang sepatutnya dibayar menggunakan dana daripada tabung masjid.
Menurut pengerusi masjid tersebut, Zainuddin Hamzah, arwah selalu membawa baki wang yang banyak seolah-olah tidak digunakannya, justeru dia mengesyaki arwah membayar dengan duitnya sendiri.
“Arwah turut menguruskan semua bil masjid melalui tabung derma masjid tanpa pernah beritahu wang derma tidak cukup…,” katanya.
Kisah pemergian arwah mendapat perhatian ramai yang kagum dengan peribadi dan kemulian hati arwah. Semoga suatu hari nanti kita juga mampu mengecapi pengakhiran yang baik.