Atilia Haron Dikecam Netizen Tayang Tatu Palsu Di Perut Untuk Viral

Posted on

Tahun 2018 ni, ramai orang yang ingin jadi viral tidak kisahlah dikenali dengan kisah yang baik ataupun sebaliknya. Semuanya kerana populariti. Dah macam jadi trend artis malaysia sekarang nih. Macam-macam cara yang mereka lakukan untuk menarik perhatian ramai dan sesuatu yang tak masuk akal untuk jadi viral. Termasuklah Atilia Haron ini.

Belum reda lagi dengan kes Neelofa yang melakukan pelancaran tudung di kelab malam, giliran penyanyi Atilia Haron pula menjadi mangsa kecaman netizen.

Terbaru, Atilia memuat naik fotonya yang sedang melakukan aksi yoga serta menayang ‘tatu’ di perut.

Menurut kepsyen gambar tersebut, “Sudah-sudahla dengan isu Zouk, viralkan I pula please. Minta-minta penuh la kelas kejap lagi.”

Walaupun foto tersebut hanyalah untuk tujuan pemasaran dan tatu tersebut adalah edit semata-mata, namun rata-rata netizen mengecam tindakan penyanyi itu.

Ada juga yang mengatakan Atilia tidak lagi popular dan cuba meraih publisiti murahan dengan foto viral tersebut.

Mungkin juga ia strategi pemasaran Atilia agar kelas yoga beliau lebih dikenali dan tidak mustahil beliau ingin bergurau juga. Namun isu seperti tatu ini menyentuh sensitiviti agama Islam dan tidak semua orang boleh menerimanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.