Ayah bawa baldi cuci kereta orang nak beli buku sekolah anak, upah berapa pun boleh

Posted on

PENGALAMAN terjumpa dengan seorang ayah yang sanggup mencuci kereta sesiapa sahaja yang sudi dengan upah “berapa sahaja,” demi untuk membeli buku sekolah anak perempuannya tular di media sosial.

Pengalaman yang ditulis oleh Adi W. Kamal menerusi Facebook miliknya, menerima lebih 21K likes dan 15K shares hanya selepas 4 jam kisah itu ditulis. Tulisan asal Bahasa Inggeris aku dah terjemah ke Bahasa Melayu.

Aku letak kereta di Seksyen 9 Shah Alam membeli sedikit buah-buahan untuk mak aku dan tiba-tiba seorang budak perempuan berumur mungkin sekitar 9 – 10 tahun ketuk tingkap (kereta) bertanya jika aku nak basuh kereta.

Pada mulanya aku jawab tidak, tapi aku nampak dia pakai pakaian seragam sekolah dan aku teringat ada seorang lelaki berjalan dengan sebuah baldi air serta kain lap di bahunya, dan dengan pantas aku rasa tentu itu bapa dia.

Jadi aku pun tanya dia, “berapa?” dia jawab “ikut abang,” Kemudian aku tanya dia, “Siapa suruh basuh kereta?” dia jawab, “ayah…”

Aku beritahu dia, okay dan aku terus keluar dari kereta. Dia berlari ke arah ayahnya (lelaki yang bawa baldi tu) dengan beg sekolah yang masih digendong di belakang, sampai ke hujung simpang.

Si ayah berjalan pantas menuju ke arah aku, sambil membawa baldinya yang penuh dengan air cuba berjalan secepat yang boleh.

Aku kemudiannya berjalan menuju ke arah dia, dan beri dia duit dan cakap kepada dia tolong ambil duit ini, tak perlu cuci kereta saya.

Ayah bawa baldi cuci kereta orang nak beli buku sekolah anak, upah berapa pun boleh

Aku masuk semula ke dalam kereta, berasa sangat sedih dan sedar betapa bertuahnya kita. Jika anda nak bantu lelaki Ini nama dia Sukumaran Sanmugam dari Padang Jawa. Dia cuba cari duit nak belikan buku-buku untuk anak perempuannya belajar di sekolah.

Kemaskini: Terima kasih semua. Maaf saya tak ada nombor telefon dia, saya terus bergerak tak lama selepas itu, dan saya tak sangka ramai orang akan beri maklum balas. Saya terjumpa dia dan anak perempuannya di Seksyen 9 Shah Alam berdekatan Plaza Masalam. Terima kasih.

Terbaik laa anak beranak nie, si ayah sanggup lakukan ape saja untuk menyara keluarga dan ank yg masih bersekolah. Namun si anak blik dri sekolah terus membantu ayah mencari rezeki. Sumber milo suam dan detikberita ,

respond Netizen dan update terbaru

Humanity wins 💜 Hey Guys, kindly read this and probably you won’t think twice to volunteer yourself to help this poor uncle and his daughter! Bro (Adi W. kamal), Thanks a lot for sharing to us this heart touching incident! May allah bless you and your family 💜 Guys, kasi abang Adi W. Kamal ni top and let other Malaysians know that humanity is still breathing strongly! (Sukumaran Sanmugam) BSN Account number: 1000 2410 0006 1565. Let’s help the uncle to buy school books for her daughter (S. Sharminy) and little more money could be helpful for her studies and family.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.