Ayda Jebat kata, kalau boleh dia mahu mengelak daripada melakonkan babak bersentuhan secara berlebihan, tak kiralah dalam drama atau pun filem.
“Jika boleh, saya nak elakkan bersentuhan secara melampau atau berlebih-lebihan kerana penonton zaman sekarang sudah bijak menilai. Jika dapat saya elak, saya elak.
“Sebelum ini, menerusi drama bersiri Dekatkan Jarak Kita, saya dan Syafiq Kyle memang kurang bersentuhan. Menerusi drama terbaru lakonan saya bersama Sharnaaz Ahmad yang sedang hangat ditayangkan juga kami kurang bersentuhan,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambah pelakon ini lagi, dia percaya yang keserasian boleh dijelmakan dengan pelbagai cara.
“Saya percaya penonton zaman sekarang sudah tahu. Kasih sayang atau keserasian dalam lakonan boleh dijelmakan dalam cara yang berbeza.
“Tak semestinya kena bersentuhan dengan melampau. Mana yang perlu, babak tersebut boleh dilakonkan. Jika tidak, babak tersebut tak perlu diteruskan.”
Baguslah kalau ada kesedaran macam tu. Tak begitu?
sumber :Fcari