Ayda Jebat Sah Bergelar Isteri Nabil Mahir Dengan Sekali Lafaz

Posted on

Tahniah, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sah bergelar isteri kepada pengacara, Nabil Mahir dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Al-Taqwa, TTDI, Kuala Lumpur kira-kira jam 3.28 petang.

Pasangan itu dinikahkan Ustaz Rozimi Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (JAWI) dengan disaksikan bapa pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan Wan Jean Basri Wan Othman.

Pada majlis berkenaan, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Terdahulu, Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

sumber : Harian Metro

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.