“Baba, At Least Angkatlah Call Kami”, Anak Resah, Ayah Keluar Rumah Tak Pulang-pulang

Posted on

Seorang anak mengharapkan ayahnya yang menghilang sejak awal tengah hari semalam untuk segera pulang ke pangkuan keluarga.

Menurut satu perkongsian daripada laman Twitter, Elissa Natasya memberitahu bahawa ayahnya keluar dari rumah sejak tengah hari semalam dan menaiki sebuah kenderaan jenama Proton Perdana berwarna putih.

Mereka sekeluarga telah mencuba menghubungi nombor telefon ayah yang bernama Edar bin Harron namun gagal dan hanya masuk peti suara sahaja, jelas anaknya.

Tambahnya lagi, kehilangan ayahnya bukan berpunca daripada masalah keluarga. Mereka sendiri tidak tahu punca kehilangan ayahnya itu.

Saya rasa ayah berada di suatu tempat. Saya telah cuba Whatsapp dan kali terakhir dia membuka adalah pukul 4.03 pagi dan sekarang dia tutup telefonnya semula.

Baba, at least answer ur calls…

Sumber: Elissa natasya

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.