Umum mengetahui, ada pelbagai jenis pekerjaan yang boleh dilakukan demi mencari sesuap nasi asalkan ianya halal dan sah di sisi undang-undang.
Menerusi Facebook, team FS Channel berkongsi kisah mereka terserempak dengan remaja lelaki yang sedang menjaja kuih ibunya dengan mengayuh basikal di sekitar kawasan perumahan.
Kandungan
Upah RM3 je kayuh basikal jual kuih hari-hari
Temu bual bersama pelajar tingkatan empat itu benar-benar menghibakan kerana dia berusaha keras menjual kuih-muih demi rezeki keluarganya.
Remaja yang dikenali sebagai Afendi itu hanya mengambil upah RM3 dari ibunya dengan menjaja kuih bermula selepas dia pulang dari sekolah hinggalah jualannya habis.
Tak kira hujan panas tetap kayuh basikal jual kuih
Tambah Afendi lagi, dia tetap akan berniaga dalam apa keadaan sekalipun walau ketika itu hari hujan. Hal ini berikutan pekerjaan tersebut merupakan sumber utama pendapatan keluarga.
Oleh sebab itu, FS Channel telah memborong semua jualan Afendi dan diagihkan kepada orang-orang sekitar kawasan perumahan tersebut.
Pulang dengan rasa syukur kuih habis semua
Remaja itu kelihatan sebak dan berasa bersyukur kerana jualannya habis pada hari tersebut dan pulang ke rumah membawa hasil yang diperoleh.
Kagum dengan semangat dan anak yang berbakti
Video perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen yang rata-rata selepas menontonnya.
Mereka turut bangga dengan kegigihan remaja tersebut dan mendoakan supaya rezekinya sekeluarga dimurahkan serta menjadi insan yang hebat suatu masa nanti.