“Bagi Ceramah Motivasi, Tapi Pakaian Ketat Sendat Padat”

Posted on

Baru-baru ini menerusi Instagram, Janna Nick ada memuat naik sedutan ceramah yang diberikan di hadapan para pelajar. Janna turut berkongsikan pengalamannya bekerja seawal usia 14 tahun.

Janna memberitahu sebaik sahaja tamat waktu persekolahan pada pukul 1 petang, dia akan terus ke tempat kerja dan waktu kerjanya bermula dari jam 4 petang hingga 10 malam.

Janna turut memberikan pesanan kepada anak muda supaya elakkan daripada melakukan kesilapan jika mahu berjaya di usia muda. Rata-rata netizen memuji perkongsiannya itu yang cukup membakar semangat.

Bagaimanapun, lain pula yang menjadi perhatian sesetengah netizen yang mengkiritk pakaian pelakon itu yang dilihat terlalu ketat dan tidak sesuai dengan majlis. Malah ada yang memberi nasihat agar Janna lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian supaya tidak menjadi bahan kecaman.

Apa pun perkongsian Janna Nick sememangnya sangat bernas dan diharap dapat dijadikan inspirasi buat anak muda di luar sana untuk berjaya sepertinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.