Seperti yang kebanyakan orang sedia maklum, pada hari ini, 4 Mei, anggota bomba dan penyelamat menyambut Hari Bomba Sedunia. Bakti dan pengorbanan mereka dalam menyelamatkan mangsa-mangsa dan harta benda sangatlah dikenang walaupun zaman terus beredar.
Pun begitu, terdapat juga beberapa anggota bomba yang terkorban semasa menjalankan tugas. Antaranya ialah anggota bomba PB Muhammad Adib bin Mohd. Kassim yang mendapat perhatian kebanyakan orang di Malaysia.
Allahyarham juga telah diangkat sebagai perwira negara atas dedikasinya terhadap tugas yang telah diamanahkan.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang anggota bomba yang menggunakan nama Silatang Bugis di Facebook, balai bomba yang pernah menjadi tempat Allahyarham Muhammad Adib bertugas masih lagi menyimpan beberapa barangan milik arwah di balai mereka. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Sebentar tadi saya dan rakan setugas pb Mohd Hafiz berkunjung ke BBP Subang Jaya atas urusan menghantar barangan kebajikan anggota. Berjumpa dengan rakan lama oc balai Subang Jaya Tuan Syed Korea. Tak sangka jurulatih saya masa di akademi bomba Wakaf Tapai dulu pon dah bertugas dibalai ni sekarang.
Ni balai yang penuh nostalgia, balai dimana Allahyarham pbk 2 Muhammad Adib Bin Mohd Kassim bertugas yang mana kes beliau mengemparkan negara 2 tahun lalu.
Barangan kelengkapan ppe..baju..malah selipar Allahyarham juga diabadikan di memorial beliau..sempena hari bomba sedunia yang disambut hari ini 4 Mei saya mohon pada semua rakan-rakan hadiahkanlah bacaan Al Fatihah kepada beliau..semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama sama mereka yang beriman dan beramal soleh..Aamiin
Sumber: Silatang Bugis