Bantuan Kerajaan Kelantan Bagi Tahun 2020

Posted on

Suara Viral akan memberi panduan kepada semua rakyat Kelantan untuk memohon bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri Kelantan. Berdasarkan maklumat pembentangan bajet kerajaan negeri Kelantan 2020. Berikut adalah senarai bantuan :

Kandungan

Bantuan Kerajaan Kelantan

SKIM GERBANG AZ-ZIWAAJ

Skim Gerbang Az-Ziwaaj adalah satu skim / saguhati khas kepada Pasangan Pengantin baru yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Tujuan skim ini untuk menjaga kebajikan rakyat, meringankan beban kewangan dan mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial. Wang tunai bernilai Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja (RM1,000.00) dalam bentuk cek (atas nama calon) diberikan kepada calon yang layak.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :

1) Rakyat Negeri Kelantan (Kod KP : 03/29).
2) Di Pohon Pihak Lelaki Sahaja.
3) Bagi Bukan Rakyat Kelantan :

  • Bermastautin Melebihi 15 Tahun
  • Surat Pengesahan Dari Pusat Khidmat Dun
  • Sijil Berhenti Sekolah Rendan & Menengah

4) Pendapatan Pemohon Tidak Melebihi RM1000 Sebulan Dengan Meyertakan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan Oleh Penghulu Mukim / Penggawa.
5) Permohonan Untuk Perkahwinan Pertama Sahaja.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Ini :

  1. Gambar Berukuran Pasport
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Sijil Kelahiran
  4. Salinan Sijil Kursus Perkahwinan
  5. Salinan Borang Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
  6. Salinan Kebenaran Berkahwin (Borang 1)
  7. Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan

Borang Permohonan Skim Gerbang Az-Ziwaaj boleh diambil di Kaunter 11 Agensi Kerajaan Negeri Kelantan @aras2 UTC Kelantan
PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN MAIK 2020
Antara senarai permohonan bantuan prihatin MAIK 2020 adalah seperti berikut :-

  1. Bantuan Bulanan
  2. Bantuan Pemulihan Perniagaan
  3. Bantuan Kecemasan
  4. Bantuan Rawatan Perubatan
  5. Bantuan Persekolahan
  6. Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT
  7. Biasiswa Kecil Pelajaran Yayasan Islam Kelantan (YIK)
  8. Biasiswa Tengku Anis
  9. Bantuan kepada Sekolah Pondok
  10. Bantuan Hari Raya
  11. Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman
  12. Bantuan Rumah Kediaman (Projek Khas)
  13. Bantuan kepada Gharimin
  14. Bantuan kepada Ibnusabil
  15. Bantuan kepada Badan / Pertubuhan
  16. Tabung Yayasan Pengajian Tinggi Luar Negara

CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN
Klik pautan berwarna biru untuk mengetahui syarat kelayakan setiap BANTUAN PRIHATIN MAIK.

http://e-maik.my/portal/index.php/ms/bantuan-bulanan
Pemohon-pemohon bolehlah mendapatkan bantuan nasihat melalui semua imam-imam masjid seluruh negeri Kelantan. Tiap-tiap Pemohon mestilah mengisi borang permohonan bantuan yang boleh didapati secara percuma di Kaunter Zakat, Tingkat 1, MAIK. Borang permohonan yang disalin (fotostat) tidak akan dilayan.

MAKLUMAT LANJUT :-
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Kompleks Balai Islam, Lundang

Jalan Sultan Yahya Petra,

15200 Kota Bharu, Kelantan

 

Telefon : +609-7481512

 

Bebas Tol : 1-800-88-6060

 

Faksmili : +609-7485512

 

Emel : maik (at) e-maik (dot) my

 

Portal Rasmi : www.e-maik.my

Carian Ke Post Ini:

  • bantuan kerajaan 2020 yang terbaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.