bantuan khas covid19 nadma
bantuan covid19 nadma

Bantuan Khas COVID19 NADMA sebanyak RM100 sehari

Posted on

Bantuan Khas Covid19 NADMA | Tahukah anda NADMA merupakan sebuah Agensi Pengurusan Bencana Negara dibawah Jabatan Perdana Menteri yang berfungsi untuk membantu rakyat Malaysia yang ditimpa bencana. Kini, NADMA juga memberi bantuan kepada mereka yang terjejas teruk akibat COVID-19 ini. Selain daripada mySalam, sekiranya anda pernah dijangkiti dan dirawat COVID-19, anda boleh untuk memohon bantuan secara one-off melalui Bantuan Khas Covid19 NADMA. Bagaimana hendak memohon Bantuan Khas Covid19 NADMA ini? Kami kongsikan kepada anda makluman lanjut

Kadar Bantuan Khas Covid19 NADMA

Bantuan RM100 sehari akan diberikan kepada mereka yag menjalani rawatan di wad hospital yang diakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan COVID-19.

bantuan khas covid19 nadma

BACA: Bantuan Khas COVID-19 (NADMA), Sila Download Borang Permohonan

Kadar tuntutan untuk menerima bantuan sebanyak RM100 sehari dan maksimum ialah 14 hari.

Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja secara (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Syarat Kelayakan Bantuan RM100 Sehari

1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19.

2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Pemohon Yang Tidak Layak

1. Bukan Warganegara Malaysia
2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19

A. Cara Permohonan

1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web www.nadma.gov.my (Lampiran A)
2. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan(Lampiran B)
3. Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) **jika tiada akaun bank

B. Permohonan Yang Lengkap Haruslah Dihantar ke Alamat berikut;

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
52502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

C. Dokumen Yang Diperlukan

1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A (dokumen asal)
2. Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
3. Dokumen KKM (Salinan borang perintah pengawasan dan pemerhatian kontak Covid-19, salinan borang pelepasan daripada pengawsan dan pemerhatian Covid-19, sijil cuti sakit)
4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen asal)
5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun. (salinan diakui sah)

Bantuan Khas Covid19 NADMA

bantuan khas covid19 nadma

Sistem Semakan Status Bantuan Khas COVID19

Sila masukkan No Kad Pengenalan di pautan Semakan Bantuan Khas COVID19

Cara Bayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Maklumat Tambahan

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.