Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sudah mengagihkan bantuan sebanyak RM40 juta kepada 50,000 penerima yang terkesan akibat penularan Covid-19 menerusi Bantuan Prihatin Maik sejak tahun lalu.
Bantuan itu termasuk peruntukan tabung wang Baitulmal, pemotongan gaji kakitangan Maik, aktiviti pelaburan, orang perseorangan dan sumbangan daripada kerajaan pusat.
Ketua Pegawai Pembangunan Maik, Mohd. Azman Ghazali berkata, sejumlah sumbangan itu melibatkan lima fasa dalam usaha untuk membantu golongan terkesan menerusi Bantuan Prihatin Maik.
“Dengan sumbangan berkenaan, ia dapat meringankan golongan tersebut yang memerlukan selepas terkesan akibat penularan jangkitan Covid-19 lebih setahun lalu.
“Semua mereka yang layak itu akan diberikan pelbagai bantuan melibatkan lima fasa bermula tahun lepas,” katanya.
sumber : Kosmo Online