“Banyak Kali Tegur Tak Nak Dengar, Dia Buat Lagi”

Posted on

Baru-baru ini, nama Kilafairy menjadi bualan ramai susulan tular fotonya berpakai motif kulit ular. Mengulas mengenai perkara itu, ibunya penyanyi Rohana Jalil berkata dia sudah banyak kali memberikan teguran kepada anaknya.

Enggan mengambil pusing dengan komen kecaman yang dilemparkan netizen terhadap anaknya, Rohana berkata juga pernah muda dan baginya itu adalah tindakan biasa anak muda.

“Saya dah tak larat nak komen, budak-budak sekarang. Sebelum ini pun dah banyak kali kita cakap pun tak nak dengar.

“Nak cakap berulang kali pun benda yang sama. Bila dia (Kila) pakai macam itu dan orang komen dia akan berhenti sekejap. Lepas itu, empat ke lima bulan lagi mesti dia buat semula. Jadi, saya tiada komen untuk perkara sebegini.

“Suka hatilah nak kecam atau cakap apa, saya selesa dengan pendekatan tidak ambil tahu. Saya tak suka terlalu fikirkan masalah,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Kilafairy memberitahu dia tidak mahu isu pakaiannya itu terus diperkatakan netizen. Mengakui seorang yang degil, namun dia selesa dan suka dengan cara pemakaiannya.

“Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini. Apa yang saya boleh katakan saya selesa dan suka dengan apa yang saya pakai.

“Kadang-kadang saya tanya ibu bapa soal apa yang boleh dipakai tetapi biasalah saya ini degil orangnya. Walaupun sudah dilarang saya pakai juga,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.