SEORANG bapa bengang kerana anaknya didenda guru dengan membaca surah Yaasin kerana terlewat datang ke sekolah sehingga anaknya itu terlepas satu subjek.
Mat Kamil Awang yang juga pensyarah mendakwa Al-Quran telah disalahgunakan oleh guru tersebut sebagai satu bentuk hukuman berbanding tujuan asalnya iaitu memberi petunjuk kepada semua orang.
“Inilah ajaran sesat yang diajar oleh guru-guru di sekolah. Makin lama makin ramai pelajar menolak Islam kerana tingkah laku guru yang menanam dalam minda pelajar bahawa Islam ini adalah hukuman,” katanya.
Mat Kamil turut mendedahkan beberapa diskriminasi terhadap keluarga-keluarga pelajar yang tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna.
“Ada satu kes, seorang bapa kepada dua orang pelajar mengadu bahawa anak-anaknya telah diperli oleh guru kerana ibu mereka tidak bertudung.
“Selain itu, ada pelajar perempuan yang tidak solat Zohor atas sebab datang haid. Maka cikgu respon ‘saya doakan awak datang haid berterusan supaya awak tak perlu solat seumur hidup’,” katanya.
Mat Kamil juga tidak berpuas hati apabila pelajar tidak dibenarkan pulang sebelum selesai mengerjakan solat Zohor setiap hari.
Isu Mat Kamil ini telah ditularkan di media sosial dan rata-rata netizen mengecam tindakannya yang mempersoalkan pihak sekolah.
sumber : cempedakcheese