“Bawa Kenal Ibu, Belum Rancang Nak Tunang” – Zahirah Macwilson

Posted on

Masih dalam peringkat berkenalan antara satu sama lain, Zahirah Macwilson menjelaskan belum ada perbincangan ke arah pertunangan dalam pertemuan diantara ibunya dan Aiman Hakim baru-baru ini.

“Pertemuan Aiman bersama ibu saya hanya untuk mengenali antara satu sama lain, Tiada apa-apa yang dibincangkan sebaliknya sekadar berkenalan. Belum ada apa-apa perkhabaran ke arah itu (bertunang)”

“Semua okay. Aiman tak kekok ketika berbual dengan ibu saya. Maaf, saya tidak boleh bercakap lama kerana sedang menjalani penggambaran drama,” katanya mengenai pertemuan yang berlangsung.

Baca :“Kalau Keluarga Restu, Kami Akan Terus Tunang” – Zahirah Macwilson

Manakala ibu Zahirah, Maslinda Yusoff seakan merestui hubungan pasangan ini selepas meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan anak gadisnya yang terpancar, bersama Aiman di akaun media sosialnya.

“Tiga hari meluangkan masa bersama, saya nampak kebahagiaan kalian berdua. Allah menciptakan hamba-Nya berpasang-pasangan dan kalian saling melengkapi. Semoga Allah permudahkan segala urusan,” kata ibunya.

sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.