Bayi retak tempurung kepala dihempap almari dua meter

Posted on

Seorang bayi lelaki cedera di kepala selepas dihempap almari kayu setinggi dua meter ketika bermain di rumahnya, pada Sabtu.

Ibu kepada bayi berkenaan, Ain Azman berkata, dia bergegas membawa anaknya, Ammar ke wad kecemasan sebelum doktor memaklumkan tempurung kepala anaknya retak impak hentakan almari tersebut.

Sejurus selepas itu, doktor beritahu akan melakukan ujian CT Scan untuk melihat sama ada berlaku pendarahan dalam kepala ataupun tidak.

“Ya Allah, masa ini hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ibu.

“Tapi syukur Alhamdulillah, lepas buat ujian tersebut doktor beritahu tiada pendarahan dalam kepala. Cuma ada retak pada tempurung kepala,” katanya.

Ain berkata, buat masa ini doktor menyarankan supaya dia memantau sahaja pergerakan anaknya agar ianya tidak menjadi lebih teruk.

“Buat masa sekarang kena pantau supaya tak ada yang serius. Doakan anak ibu cepat sihat dan sembuh macam sediakala. Terima kasih pada semua yang bertanya khabar dan berdoa untuk kami,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.