Bayi Selebriti Popular Sepanjang 2018, Baby Jihan terkenal dengan gelaran ‘baby Ninja’

Posted on

Perkahwinan yang diserikan dengan kehadiran cahayamata sememangnya menjadi idaman setiap pasangan. Pada yang murah rezeki, tahun pertama bersama sudah ada putera atau puteri yang jadi penyeri. Ada pula yang terpaksa sabar menanti bertahun-tahun untuk bergelar ibu dan ayah.

Senarai selebriti tanah air dari FMT Ohsem yang menerima kehadiran ahli keluarga baru sepanjang 2018.

#1) Siti Nurhaliza Tarudin

Pengumuman permata hati negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai kehamilan sememangnya ditunggu-tunggu rakyat Malaysia. Manakan tidak, selepas hampir 12 tahun berkahwin, Siti Nurhaliza akhirnya bergelar seorang ibu.

Siti Aafiyah yang dilahirkan pada 19 Mac menjadi pelengkap kehidupan yang dibina bersama suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Sebelum ini Siti Nurhaliza pernah berkongsi kesedihan dengan peminat selepas mengalami keguguran ketika kandungannya berusia 2 bulan.

#2) Johan Raja lawak

Johan dan isterinya, Ozlyn Wati dikurniakan seorang bayi perempuan seberat 3.9 kilogram pada 25 Jun 2018. Kehadiran bayi yang dinamakan Nur Latifah Moleiq Hanania itu merupakan anak kelima selepas 4 orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.

#3) Lana Nordin

Pelakon Lana Nordin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin selamat bersalin pada 27 Disember lalu. Kehadiran bayi perempuan itu merupakan anak keduanya hasil perkongsian hidup dengan pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS), David McKienzie atau nama Islamnya, Daud McKienzi. Pasangan itu sebelum ini dikurniakan anak perempuan Gia Quinn McKienzi pada Januari 2016.

#4) Asyraf Muslim

Tahniah kepada pelakon kacak, Asyraf Muslim dan isteri keduanya, Wan Sakinah yang menerima kehadiran ‘orang baru’, seorang bayi perempuan pada 4 September lalu. Asyraf kini memiliki empat anak hasil perkongsian hidup bersama kedua-dua isterinya.

#5) Lisdawati

Pelakon Lisdawati selamat melahirkan anak keempat, seorang bayi anak lelaki seberat 3.54 kilogram secara normal pada 25 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Berita tersebut diumumkan sendiri suaminya, pelakon Fauzi Nawawi yang teruja dengan kehadiran anak lelaki dalam keluarga tersebut.

#6) Jihan Muse

Pengacara/pelakon serba boleh, Jihan Muse selamat melahirkan cahaya mata pertamanya seberat 3.85kg pada 26 Januari di sebuah pusat perubatan di Shah Alam. Anak lelakinya popular dengan gelaran ‘baby Ninja’ dinamakan Ungku Arsalam Haq merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Ungku Hariz. Disamakan dengan baby jepun

#7) Nora Danish

Ramai peminat yang tertanya-tanya mengenai cahaya mata pasangan ‘hot’ Nora Danish dan suaminya, anak kepada ahli politik Nazri Aziz, Nedim Nazri. Pada 22 Februari, Nora melahirkan anak lelaki pertama mereka Mohamed Neqayl Nedim. Semua maklum, pasangan ini masing-masing mempunyai anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu mereka.

#8) Shanaaz Ahmad

Pelakon kelahiran Pulau Pinang, Shaarnaz Ahmad menimang anak lelaki pertama, Jebat Jayden Ahmad hasil perkongsian hidup bersama Noor Nabila Mohd Noor (kakak kepada Neelofa). Anak lelaki seberat 3.1 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada 30 Ogos 2018.

#9) Sari Yanti

26 April menjadi tarikh bersejarah kepada psangan Sari Yanti dan Jep Sepahtu selepas dikurniakan anak perempuan pertama yang dinamakan Dariya Inara. Sebelum ini, Sari mempunyai 2 anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu.

#10) Diana Amir

Pelakon dan pengacara, Diana Amir selamat melahirkan anak ketiga secara normal di sebuah hospital swasta di Shah Alam, 10 November lalu. Dia mendirikan rumah tangga dengan Mohd Habibullah A. Rahman pada 25 Oktober 2013 dan dikurniakan anak lelaki pertama pada 2015 dan disusuli cahaya mata kedua, seorang puteri pada 2017.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: malaysia free today
Kredit: C.P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.