Bekalan Tiga Jenis Ubat

Bekalan Tiga Jenis Ubat Sedia Ada Di Malaysia Boleh Diguna Rawat COVID-19 – KP Kesihatan

Posted on

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Bekalan ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain, boleh digunakan dalam rawatan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Beliau berkata bekalan ubat-ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan Remdesivir (ubat antiviral) akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan COVID-19.

“Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal ‘Multicenter Adaptive Solidarity trial – COVID-19’ yang mana ubat kajian tersebut akan digunakan.

“NPRA akan menyediakan laluan ‘expedited review’ untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin manakala bagi ubat Favipiravir, KKM sedang berusaha mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam ini.

Dr Noor Hisham berkata dalam situasi pandemik COVID-19 ketika ini, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM.

KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan serta keberkesanan ubat-ubatan adalah terjamin demi kepentingan pesakit, katanya.

Sumber: BERNAMA

Yoodo Turut Menawarkan 1GB Percuma Setiap Hari Bermula 30 Mac Sehingga 14 April 2020

Lanjutan daripada pihak kerajaan yang mengumumkan penawaran internet percuma melalui syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile, beberapa penyedia lain turut tidak ingin ketinggalan dan mengumumkan langkah masing-masing.

Terbaru, Yoodo mengatakan mereka akan memulakan inisiatif mereka tersendiri dan menawarkan internet percuma 1GB setiap hari bermula daripada 30 Mac 2020 ini sehingga 14 April 2020 kelak.

Pengguna akan menerima data percuma, dan berbeza dengan penawaran syarikat telekomunikasi lain – data percuma 1GB daripada Yoodo boleh digunakan sepanjang hari tanpa mengira tempoh masa. Pengguna hanya perlu memastikan akaun mereka aktif sahaja untuk menerima data percuma ini.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.