Mana-mana syarikat yang dibenarkan beroperasi dan meminta pekerja untuk bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diwajibkan menjalani saringan Covid-19. (Rujuk minit 6:30)
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam sidang media sebentar tadi.
Jelas Azmin, saringan tersebut boleh dilakukan di 300 klinik panel PERKESO di seluruh negara mengikut garis panduan KKM.
PERKESO juga bersetuju membiayai kos saringan kepada pekerja yang diperlukan oleh syarikat.
Sebelum itu, MITI memberi kebenaran beroperasi kepada sektor tambahan bagi melindungi ekonomi negara pasca COVID-19.
Sumber: Sidang Media MITI, Bernama TV