Belanda Tarik Balik 600,000 Topeng Muka Diimport Dari China

Posted on

AMSTERDAM, 29 Mac (Bernama) — Pihak berkuasa Belanda menarik balik 600,000 topeng muka yang diimport dari China kerana tidak memenuhi piawaian ditetapkan, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan pada Sabtu.

Kementerian Kesihatan menarik balik topeng muka jenis FFP2. Belanda mengimport 1.3 juta topeng muka dari China, dalam usahanya untuk membendung wabak COVID-19, menurut stesen televisyen NOS.

Belanda mempunyai 1,819 kes jangkitan dengan jumlah kematian seramai 639 orang.

Sumber: BERNAMA

Apple Hadir Dengan Laman Sehenti Untuk Covid-19

Apple kini telah melancarkan sebuah halaman khusus untuk wabak Covid-19, dimana melaluinya Apple menyediakan sejumlah informasi yang perlu diketahui oleh para pengguna – selain pada masa yang sama menyediakan soal-jawab khusus untuk memudahkan pengguna lebih memahami dan melakukan pemeriksaan berkaitan Covid-19.

Langkah Apple ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan penyebaran berita-berita palsu, selain turut mengurangkan kadar panik dikalangan pengguna.

Selain laman sehenti berkenaan, Apple turut telah menerbitkan sebuah aplikasi khusus berkaitan Covid-19, tetapi ia terhad untuk pengguna di Amerika Syarikat buat masa ini.

Di Malaysia, pihak DoctorOnCall turut menyediakan penilaian yang lebih kurang sama, yang boleh anda layari hari ini.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.