Pelakon Bella Dowanna enggan berdiam diri apabila dia dipersoal mengenai bentuk tubuh badannya oleh seorang individu di media sosial Instagram.
Difahamkan, Bella ada memuat naik foto yang dikongsikan olehnya di Instagram tersebut sebelum individu tersebut secara terbuka yang mengatakan dirinya sudah gemuk.
Kata-kata itu sekaligus menimbulkan perasaan berang pelakon drama bersiri Anak Tebing itu.
Dia kemudian dilihat membalas kata-kata individu tersebut dan kemudian menyekat akaun tersebut daripad terus mengikutinya di Instagram.
BACA: Jangan Beri Air Masak Pada Bayi Bawah 6 Bulan, Doktor Kongsi Bahaya Menanti
Ujar Bella, jika tiada perkara baik untuk diperkatakan, maka diam lebih baik.
Luahan rasa aktres itu turut dizahirkan menerusi beberapa siri ciapan di media sosial Twitter.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat memberikan respon pelbagai dengan respon yang diberikan Bella terhadap kritikan tersebut.
Ada juga yang berpendapat Bella terlebih sensitif dan menasihatkan agar dia mengabaikan sahaja cakap-cakap orang di media sosial.
Perkembangan lain, Bella Dowanna bakal munvul dengna drama siri terbaru berjudul Dendam Malam yang akan ditayangkan di saluran penstriman Tonton.
Selain Bella, antara pelakon yang turut membintangi drama itu adalah seperti Ismail Izzani, Shalma Eliana dan ramai lagi.
LIKE: FB Bella