Kalau anda masih mencari kaedah atau tips diet untuk menguruskan badan namun masih belum bertemu jawapan, mungkin perkongsian Lisa Surihani tentang tips menjaga berat badan ini boleh anda amalkan.
Menerusi perkongsian di Instagram baru baru ini, Lisa Surihani ada memberikan beberapa tips untuk menurunkan berat badan dan salah satu daripanya adalah untuk berpuasa selama 16 jam sehari.
Lisa Surihani dalam video perkongsian tersebut mengatakan yang beliau cuba untuk berhenti makan pada pukul 6.00 petang dan akan makan semula pada 12.00 tengah hari keesokkan harinya.
Lisa Surihani turut mengatakan yang beliau menukar jenis beras kepada beras herba ponni, selain mengawal gula dalam makanan dan minuman juga melakukan senaman yang kerap untuk mendapatkan tubuh badan ideal.
Untuk anda semua, mungkin boleh amalkan tips yang diberikan untuk mengawal berat badan anda malah mungkin boleh kurus seperti Lisa Surihani selepas ini.