Pasti ada yang tidak tahu bahawa Ayda Jebat menyertai bidang nyanyian terlebih dahulu sebelum terjun ke dunia lakonan. Namun, nama Ayda dilihat lebih menyerlah dalam bidang lakonan.
Bagaimanapun, Ayda mengakui bidang lakonan tidak memberikan ‘kemewahan’ kepadanya jika dibandingkan dengan bidang nyanyian. Ujarnya lagi, bidang lakonan merupakan minatnya dan akan terus berada di dalam industri selagi diperlukan.
Baca :Ayda Jebat Nak Elak Babak Bersentuhan Dalam Lakonan
“Secara jujurnya bidang lakonan tidak bagi saya duit. Kalau saya terima tawaran berlakon, saya tidak fikir pasal duit sebab saya berlakon kerana ‘passion’ mendalam dalam bidang ini.
“Kalau nak buat duit itu bukan dalam lakonan. Duit banyak saya dapat daripada acara persembahan dan royalti lagu-lagu nyanyian saya,” katanya kepada Kopi Planet.
Dilihat sering membintangi drama terbitan syarikat produksi milik Sheila Rusly dan suaminya, Jinggo, Ayda mengatakan karya dihasilkan oleh mereka berkualiti.
“Bukan saya nak cakap naskhah produksi lain tidak berkualiti. Dengan mereka saya banyak belajar untuk mendalami watak dengan baik, misalnya saya diajar bawa motor dan sebagainya,” katanya.