Orang ramai mengeluh dengan kenaikan mendadak bil elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Ada yang dicas hingga ribuan ringgit, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan caj dikenakan. Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula menjelaskan ia adalah sekadar caj anggaran dan akan dibawa ke bulan berikut ketika bacaan sebenar dibuat.
Sementara itu, kerajaan turut memberi diskaun sehingga RM77 untuk penggunaan domestik. Diskaun ini diramalkan memberi faedah kepada lebih kurang 7.6 juta pengguna di Semenanjung.
Sementara itu di Sarawak, Sarawak Energy Berhad (SEB) meminta pengguna untuk menghantar semula bacaan meter elektrik mereka yang melambung tinggi untuk semakan semula. Hal ini berikutan anggaran penggunaan antara Mac hingga Mei berikutan kerja pembacaan sebenar ditangguh sepanjang PKP.
Bagi pengguna TNB, anda boleh membuat semakan semula bil elektrik anda dengan cara berikut;
“Sesiapa yang rasa bil melambung tinggi boleh buat langkah-langkah berikut”
Malam tadi ada jiran yang share, moga pahala untuk dia. Sape2 yang rasa bil melambung tinggi boleh buat langkah-langkah berikut
Thread pic.twitter.com/UcExXI77K2
— Mistas Arif (@arifjemali) June 20, 2020
Ambil gambar bil semasa dan sebelum PKP
Kongsinya, anda perlu mengambil gambar semasa dan sebelum PKP sebagai bukti untuk rujukan pihak TNB.
1. Ambik gambar atau scan bil semasa PKP dan sebelum PKP (1 bulan).
2. Emailkan ke tnbcareline@tnb.com.my
3. Mohon semakan kes dan bacaan semula meter. Sebab bila ada yang buat bil sebenar jadi sangat rendah.
— Mistas Arif (@arifjemali) June 20, 2020
Semoga membantu.
Sumber: Mistas Arif