“Bil Sebenar Jadi Lebih Rendah”, Pemuda Kongsi Cara Buat Semakan Semula Bil Elektrik

Posted on

Orang ramai mengeluh dengan kenaikan mendadak bil elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Ada yang dicas hingga ribuan ringgit, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan caj dikenakan. Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula menjelaskan ia adalah sekadar caj anggaran dan akan dibawa ke bulan berikut ketika bacaan sebenar dibuat.

Sementara itu, kerajaan turut memberi diskaun sehingga RM77 untuk penggunaan domestik. Diskaun ini diramalkan memberi faedah kepada lebih kurang 7.6 juta pengguna di Semenanjung.

Sementara itu di Sarawak, Sarawak Energy Berhad (SEB) meminta pengguna untuk menghantar semula bacaan meter elektrik mereka yang melambung tinggi untuk semakan semula. Hal ini berikutan anggaran penggunaan antara Mac hingga Mei berikutan kerja pembacaan sebenar ditangguh sepanjang PKP.

Bagi pengguna TNB, anda boleh membuat semakan semula bil elektrik anda dengan cara berikut;

“Sesiapa yang rasa bil melambung tinggi boleh buat langkah-langkah berikut”

Ambil gambar bil semasa dan sebelum PKP

Kongsinya, anda perlu mengambil gambar semasa dan sebelum PKP sebagai bukti untuk rujukan pihak TNB.

Semoga membantu.

Sumber: Mistas Arif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.